Blogger Layouts

Thursday, March 1, 2007

SEJARAH NOVEL MINANGKABAU

BAB II



LATAR BELAKANG DAN SEJARAH NOVEL MINANGKABAU


2.0 Pengenalan


Dalam bab ini akan dibincangkan tentang kedudukkan dan sejarah Minangkabau (Propinsi Sumatera Barat). Seterusnya, akan dibincangkan tentang faktor-faktor kelahiran pengarang novel Minangkabau dan seterusnya akan dibincangkan tentang perkembangan penulisan novel Minangkabau sebelum Perang Dunia Kedua (1920 –1942). Perbincangan ini akan ditumpukan kepada aspek perkembangan tema, watak, latar dan persoalan yang terdapat dalam novel-novel yang dihasilkan oleh pengarang Minangkabau terutama yang berkaitan fiksyen Minangkabau. Akhir sekali, akan dibincangkan berkaitan sumbangan pengarang novel Minangkabau dalam perkembangan penulisan novel sebelum Perang Dunia Kedua. Hal-hal yang akan dibincangkan dalam bahagian ini ialah tentang biodata diri pengarang dan hasil-hasil karya mereka..

2.1 Latarbelakang Kedudukkan Minangkabau (Sumatera Barat) dan
Perkembangan Sejarah

Wilayah adalah tempat yang memiliki batas-batas dan ciri-ciri tertentu di bumi ini. Wilayah tersebut selain berpenghuni, juga dilengkapi dengan budaya para penghuninya. Budaya atau kebudayaan adalah hasil penciptaan akal budi manusia yang digunakan untuk kesejahteraan hidupnya. Kebudayaan itu dapat berupa kesenian, adat istiadat, ilmu pengetahuan, dan teknologi. Wilayah budaya bererti suatu wilayah dengan batas-batas tertentu tempat hidup, tumbuh, dan berkembangnya suatu budaya masyarakat. Wilayah kebudayaan itu kadang-kadang lebih luas dari wilayah pentadbiran sesebuah pemerintahan.

2.1.1 Kedudukan dan Sejarah Sumatera Barat

Peta Menunjukan kedudukan Sumatera Barat di Indonesia
http://www.answers.com/topic/west-sumatra



Peta menunjukkan kedudukan Sumatera Barat di Pulau Sumatera

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/5/53/Sumatra_admin.jpg



Peta menunjukkan daerah penting di Sumatera Barat






Propinsi Sumatera Barat terletak di pantai Barat Pulau Sumatera. Di sebelah Utara bersempadan dengan propinsi Sumatera Utara, di sebelah Timur dengan Propinsi Riau dan Jambi, di sebelah Selatan dengan Propinsi Bengkhulu dan di sebelah Barat dengan lautan Hindi. Luas propinsi Sumatera Barat ialah 42, 297, 30 m2 dengan jumlah penduduk hasil bancian pada tahun 2000 seramai 4, 248, 931 orang[1]. Propinsi Sumatera Barat terdiri dari lapan daerah kabupaten dan enam Kota Madya. Kabupaten tersebut termasuklah Kabupaten Tanah Datar, Kabupaten Agam, Kabupaten 50 Kota, Kabupaten Solok, Kabupaten Sawah Lunto Sijunjung, Kabupaten Pasaman, Kabupaten Padang/Pariaman dan Kabupaten Pesisir Selatan. Kota Madya pula termasuklah Kota Madya Padang, Kota Madya Bukittinggi, Kota Madya Payakumbuh, Kota Madya Solok, kota Madya Sawah Lunto, dan kota Madya Padang Panjang[2].
Daerah Propinsi Sumatera Barat bergunung-ganang. Bukit Barisan membentang dari Utara ke Selatan. Terdapat beberapa puncak gunung yang tinggi, misalnya gunung Merapi, gunung Singgalang, gunung Sago, gunung Talang dan gunung Pasaman. Propinsi Sumatera Barat pada umumnya dapat dibahagikan kepada dua bahagian kawasan dataran tinggi dan dataran rendah yang sempit menghadap ke lautan Hindi[3]. Daerah ini secara tradisional dibahagi kepada tiga luhak iaitu Luhak Tanah Datar iaitu di sekitar kota Batu Sangkar, Luhak Agam di sekitar kota Bukittinggi, dan Luhak Limo Puluh Koto di sekitar Paya Kumbuh. Ketiga-tiga luhak ini dianggap sebagai daerah inti kebudayaan Minangkabau atau disebut juga Luak Nan Tigo.[4]
Sebelum perluasan daerah Minangkabau ke daerah dataran rendah, setiap luhak mempunyai wilayah rantau yang letaknya bersebelahan. Pada awalnya luhak Limapuluh Koto memiliki daerah rantaunya sendiri, iaitu Kampar, ke arah timur (kini menjadi kabupaten Kampar, termasuk Propinsi Riau). Wilayah rantau ini meliputi Pangkalan, Bangkinang, Teratak Buluh dan daerah hulu sungai-sungai besar, Sungai Kampar, Siak dan lain-lain. Malah daerah rantau Limapuluh Koto menyusuri sungai ke arah timur sampai ke Semenanjung Malaysia (Negeri Sembilan)[5]. Luhak Agam kawasan rantaunya ialah Rantau Pasaman di sebelah utaranya termasuk Padang Nunang, Air Bangis, Parit Batu dan Tiku. Luhak Tanah Datar kawasan rantaunya ialah Rantau Solok arah ke Selatan. Kawasan ini termasuklah Pariaman, Padang, Indarapura, Sungai Pagu, Pulau Punjung dan Siguntur[6].
Luhak dan rantau masing-masing telah berbentuk menjadi Kabupaten. Kabupaten Kampar yang dahulu bahagian dari Sumatera Barat sekarang masuk Propinsi Riau. Demikian juga di Negeri Sembilan, Malaysia pada dahulunya termasuk dalam luhak Limapuluh Koto tetap menggunakan adat Minangkabau dan secara budaya mereka tetap menganggap dirinya sebagai orang Minangkabau.
Wilayah Minangkabau disebutkan di dalam tambo, iaitu sekitar enam buah gunung Merapi, Pasaman, Sago, Singgalang, dan Talang terletak di wilayah Propinsi Sumatera Barat, sedangkan Gunung Kurinci terletak di wilayah pentadbiran Propinsi Jambi. Berdasarkan bukti yang terdapat dalam tambo, maka wilayah budaya Minangkabau lebih luas dari wilayah Propinsi Sumatera Barat sekarang. Nama-nama tempat sebagaimana yang terdapat dalam tambo ini masih wujud sampai sekarang, maka batas wilayah budaya Minangkabau dapat ditentukan iaitu;
i) Sebelah Utara bersempadan dengan Sikilang Air Bangis;
ii) Sebelah Selatan Taratak Aia Hitam dan Muko-muko di Propinsi Bengkulu;
iii) Sebelah Barat dengan “ombak nan badabua” atau lautan Hindi;
iv) Sebelah Timur bersempadan dengan Durian Ditakuk Rajo, Buayo Putiah Daguak, dan Sialang Balantak Basi.
Ini bermakna, Minangkabau memiliki wilayah budaya yang luas. Wilayah itu meliputi tiga propinsi iaitu, Sumatera Barat, Riau, dan Jambi.[7]
Istilah Minangkabau mengandungi dua makna iaitu pengertian kebudayaan dan makna geografi. Terdapat suku Minangkabau dan adanya kebudayaan Minangkabau, tetapi tidak ada suku atau bangsa Sumatera Barat ataupun kebudayaan Sumatera Barat. Istilah Sumatera Barat adalah sebagai satu sistem politik yang diperkenalkan oleh pemerintah Indonesia. Orang Minangkabau menamakan negerinya Alam Minangkabau. Pemahaman mereka mengenai kata Alam untuk negerinya, jauh lebih luas dari batas-batas wilayah Sumatera Barat pada masa ini. Dengan penambahan Alam kepada kata Minangkabau maka konsep luhak (kampung asal) dengan rantau tidak dapat dipisahkan. Luhak tidak mungkin ada tanpa adanya rantau, dan begitulah sebaliknya[8]. Ini bermakna, istilah Minangkabau dari segi geografi lebih luas berbanding dengan istilah Sumatera Barat.
Wilayah Minangkabau adalah wilayah tempat hidup, tumbuh, dan berkembangnya orang Melayu Minangkabau. Dalam wilayah ini mereka mengembangkan kehidupan dan menerapkan kehidupan nilai-nilai turun-temurun. Di dalam wilayah itu mereka berusaha secara ekonomi, sosial, dan budaya. Budaya yang turun-temurun dari generasi sebelumnya selalunya mengalami pertumbuhan dari satu generasi ke generasi berikutnya. A. A. Navis berpendapat, Minangkabau sering lebih dikenali sebagai bentuk kebudayaan dan bukannya sebagai bentuk negara atau kerajaan yang pernah wujud dalam sejarah[9].
Kata Minangkabau menurut mitos ada hubungan dengan dengan ‘menang (minang) kabau’, ‘kerbau menang’, ‘mainang kabau’, dan ‘memelihara kerbau’[10]. Menurut tambo Minangkabau pada suatu hari datang perahu dari laut membawa kerbau panjang tanduk di Bukit Gombak. Nakhodanya mengajak Datuk Katumanggungan dan Datuk Perpatih Sebatang berlaga kerbau itu. Datuk yang berdua itu berjanji selama 7 hari akan dicarinya anak kerbau yang masih menyusu, diberinya bertanduk 9 cabang dan enam depa panjangnya. Sewaktu diadakan pertarungan, anak kerbau itu segera menyerbu kerbau besar itu dengan maksud hendak menyusu. Kerbau besar luka oleh tanduk besi yang dibuat khusus untuk itu, sehingga kerbau itu mati. Nakhoda besar mengakui kekalahannya dan menyerahkan semua kekayaannya. Sejak itu Pulau Perca dinamakan Minangkabau.[11]
Menurut pendapat Prof. Dr. Purbacaraka, kata Minangkabau berasal dari ‘Minanga Tamwan’, ertinya pertemuan dua muara sungai. Menurut keterangan ini Minangkabau terletak pada pertemuan dua sungai besar. Sutan Muhammad Zain berpendapat bahawa ‘Minangkabau’ berasal dari kata ‘Binanga Kanvar’ yang ertinya ialah Muara Kampar. Keterangan ini bertambah kuat kerana Chau Yu Kua yang pernah berkunjung ke Muara Kampar pada abad ke-13 menerangkan bahawa di sana didapatinya terdapat bandar yang paling ramai di pusat Sumatera. Menurut dr. Muhammad Hussein Nainar dari Universiti Madras, sebutan ‘Minangkabau’ berasal dari ‘menonkhabu’, yang ertinya ‘tanah pangkal’ atau ‘tanah permai’[12]
Berdasarkan hasil penelitian oleh Pemerintah Daerah Sumatera Barat dan telah dibukukan bertajuk “Sejarah Daerah Sumatera Barat” sejarah Sumatera Barat dapat dibahagikan kepada bebeberapa peringkat. Peringkat pertama dikenali sebagai Sumatera Barat masa pra sejarah, Sumatera Barat Zaman Kuno (Abad 1 – 1500 M), Sumatera Barat Zaman Baru (1500 M – 1800 M), Sumatera Barat (1900 M – 1942 M), Zaman Pendudukan Jepun (1942 – 1945), dan Zaman Kemerdekaan (1945 – 1975).[13]
Suku bangsa Minangkabau yang mendiami Propinsi Sumatera Barat termasuk dalam bangsa Deutro Melayu (Austronesia). Perpindahan bangsa Deutro Melayu (Austronesia) ke Nusantara berlaku 500 sebelum Masihi (pada zaman logam). Mereka berasal dari daerah Yunan dan mereka menyebar melalui laut dengan perahu bercadik ke pulau-pulau di Selatan Asia Tenggara dan sampai ke Sumatera. Melalui pantai Timur Sumatera, mereka memudiki sungai-sungai yang bermuara dari Selat Melaka. Akhirnya mereka sampai di Palalawan, sebuah daerah sekitar pertemuan sungai Kampar Kiri dan Kampar Kanan. Dari sini, mereka meneruskan untuk memuduki sungai ke pedalaman Sumatera Barat. Mereka hidup dan menetap dan mendirikan kampung yang pertama dikenali sebagai Minangkabau, di sebelah utara Batusangkar sekarang. Menurut Van der Tuuk, Minangkabau berasal dari kata ‘Minang Khabu’ yang bererti negeri asal. Dari sinilah mereka akan menyebutkan nagari Minangkabau itu sebagai nagari asalnya[14]. Jadi, nagari Minangkabau itu sebagai nagari asalnya bagi orang Minangkabau yang ada sekarang.
Prasasti Kedukan Bukit yang berangka tahun 683 Masihi yang ditemui di Palembang tertulis kata ‘Minangatawan’. Ahli sejarah Indonesia, Prof. Dr. Poerbocaroko manafsirkan kata tersebut sebagai asal mulanya kata ‘Minangkabau’. Keterangan sumber tertulis mengenai Sumatera Barat hanya baru diperolehi pada akhir abad ke-13 yang berangka tahun 1286 M. Prasasti ini dikatakan berasal dari Raja Kartanegara dari kerajaan Singosari. Prasasti ini ditemui di Sungai Langsat, Kabupaten Sawah Lunto Sijunjung, yang dipahatkan pada alas arca Amoghapaca[15]. Pada abad ke-14 barulah ditemui prasasti-prasasti yang ditinggalkan oleh Raja Adityawarman ketika baginda menjadi raja di Kerajaan Pagar Ruyung di dalam kabupaten Tanah Datar.
Pada permulaan abad ke-7 M, nama Melayu buat pertama kali muncul dalam babad Cina. Dalam buku Tseh Fu-Ji-En Kwei, diterangkan bahawa pada tahun 664 M, kerajaan Melayu mengirim utusan ke negeri Cina untuk mempersembahkan hasil negerinya kepada raja Cina. Menurut ahli Sejarah, kerajaan Melayu yang dimaksudkan itu terdapat di daerah Jambi sekarang. Kerajaan Melayu mempunyai wilayah sampai ke daerah Minangkabau. Menurut catatan yang dibuat oleh I-Tsing, pada tahun 690 kerajaan Sriwijaya meluaskan daerah pemerintahannya dan kerajaan Melayu tersebut dapat ditaklukkan oleh Sriwijaya sebelum tahun 692. Kejatuhan kerajaan Melayu itu maka daerah Minangkabau itu juga menjadi daerah Sriwijaya. Selama lebih kurang enam abad, Sriwijaya menjadi sebuah kerajaan maritim..
Pada tahun 1023 M, 1030 M dan 1069 M, kerajaan Sriwijaya mendapat serangan daripada Colamandala yang letaknya di India Selatan. Serangan ini melemahkan kerajaan Sriwijaya. Kesannya, kerajaan Melayu membebaskan diri daripada kekuasaan kerajaan Sriwijaya dan membentuk kerajaan sendiri. Ibu kotanya dipindahkan ke daerah Minangkabau iaitu di Darmacraya di daerah hulu sungai Batang Hari. Hal ini dapat dibuktikan dari isi prasasti Padang Candi 1286 yang terdapat di sungai Langsat kenagarian Siguntur dekat sungai Dareh dalam propinsi Sumatera Barat sekarang. Berdasarkan catatan tersebut, jelaslah bahawa sebelum tahun 1286 M, Sumatera Barat (Minangkabau) hanya merupakan bahagian dari kerajaan Melayu dan kerajaan Sriwijaya pernah berkuasa di pantai Timur Pulau Sumatera.
Ekspedisi Ramalayu atau Pamalayu yang diketui oleh Raja Kartanegara(1250 – 1400) dari kerajaan Singosari pada tahun 1275 bertujuan untuk menguasai kerajaan Melayu di Darmacraya[16]. Hasil daripada serangan itu, Raja Minangkabau dan raja Melayu (Jambi) telah ditakluki sebelum 1292[17]. Selesai peperangan ini, Raja Kartanegara membawa dua orang puteri anak raja Melayu, Tribhuwanaraja Mauliwarmadewa ke Jawa. Dua orang puteri tersebut bernama Dara Jingga dan Dara Petak. Dara Petak dijadikan gundik oleh Raden Wijaya dan lahirnya Jayanegara. Jayanegara menjadi raja Majapahit dari tahun 1309 hingga 1328. Dara Jingga pula berkahwin dengan pembesar kerajaan Majapahit yang bernama Adwayawarman. Hasil perkahwinan ini maka lahirlah Abhisekaraja Mantrolot dan nama lainnya ialah Arya Damar atau Adityawarman[18]. Kartanagara menghantar tokoh politik yang bernama Adityawarman yang berbapakan tokoh kerabat keraton Jawa, tetapi beribukan Melayu dari istana Jambi, dalam usaha untuk menanamkan pengaruh politik Jawa di Sumatera. Adityawarman yang berdarah Jawa-Melayu itu, kemudiannya menjadi penegak daulat dan pendiri kerajaan Minangkabau di Pagar Ruyung[19].
Adityawarman memimpin angkatan perang Majapahit ke Sumatera bahagian tengah dan beliau berjaya menguasai daerah tersebut sampai ke pedalaman Minangkabau. Perbezaan politik dengan Gajah Mada, kerengganan dengan pemerintah Majapahit (Bhre Khuripan) dan tidak ada simpati rakyat Majapahit, menyebabkan beliau tidak ada harapan lagi untuk mewarisi mahkota kerajaan Majapahit Pada tahun 1334 M Adityawarman pulang ke negeri asalnya kerajaan Melayu yang berpusat di Darmacraya Minangkabatu di Sumatera[20].
Pada tahun 1347 M Adityawarman menjadi raja di kerajaan Melayu yang berpusat di Darmacraya. Adityawarman menyusun kembali pemerintahannya seperti pada zaman neneknya raja Mauliwarmadewa, pada tahun 1286. Pada tahun 1349, beliau memindahkan pusat kerajaannya dari Darmacraya (Siguntur) ke Pagarruyung, dekat Batusangkar. Pemindahan pusat pemerintahannya sebagai simbolik bahawa kerajaanya tidak ada hubungan lagi dengan kerajaan Majapahit.[21] Berdasarkan prasasti Kubo Rajo yang bertarikh 1349 di Lima Kaum Batusangkar beliau menyebut dirinya Tanah Kanaka. Tanah Kanaka adalah nama lain untuk menyebut nama pulau Sumatera. Di Pagarruyung, beliau mendirikan dinasti baru yang dikenali sebagai Kulicadhara atau dinasti Indera. Sungguhpun beliau menyatakan dirinya raja pulau Sumatera, namun demikian beliau tidak memerintah seluruh pulau tersebut. Beliau berhasil membangun kerajaan Pagarruyung dan kerajaanya tidak diganggu oleh kerajaan Majapahit. Hal ini disebabkan beliau juga adalah seorang negarawan Majapahit.
Kerajaaan Pagar Ruyung berakhir pada abad ke-19 apabila terjadinya gerakan Paderi di Sumatera Barat. Pertempuran di Padang Sibusuk pada tahun 1409 M, menyebabkan kerajaan Pagarruyung sangat lemah dan kerajaan ini hanyalah bersifat lambang sahaja. Sultan yang terkenal pada tahun 1560 ialah Sultan Alif. Beliau dipercayai beragama Islam tetapi malangnya kekuasaannya sangat lemah. Pada zaman kekuasaanya sistem pemerintahan dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Raja dan Dewan Menteri. Bahagian Raja dikenali dengan Raja Tiga Selo iaitu Raja Alam di Pagarruyung sebagai pucuk pimpinan, Raja Adat di Buo yang berurusan dengan adat, dan Raja Ibadat di Sumpur Kudus yang berurusan dengan hal keagamaan. Pada tingkat menteri adalah Dewan Menteri yang diistilahkan dengan nama Basa Ampek Balai iaitu; Bandaro (Titah) di Sungai Tarab sebagai Perdana Menteri, Tuan Kadi di Padang Genting dalam urusan keagamaan, Indomo di Suruaso dalam urusan kewangan dan Makhdum di Sumanik dalam urusan pertahanan dan daerah rantau[22]. Pada waktu ini hubungan dengan dunia luar dan kerajaan yang bertetangga dengannya sudah berlaku terutama dengan kerajaan Aceh, bangsa Portugis, bangsa Belanda dan bangsa Inggeris.
Kemasukan Belanda ke Sumatera Barat pada pertengahan abad ke-17 dan kemudiannya disusul oleh bangsa Inggeris menyebabkan para penduduk di daerah pesisir berkenalan dengan kebudayaan Barat. Mereka tidak dapat memujuk orang-orang Islam untuk menukarkan agama Islam kepada agama Kristian. Namun demikian, mereka telah berjaya memperkenalkan amalan minum-minuman keras, berjudi, menghisap candu, dan permainan berlaga ayam. Kebiasaan ini menyebabkan ramai penduduk menjadi miskin, dan mereka menjual tanah mereka kepada Belanda dan Cina. Mereka juga malas melakukan pekerjaan seharian mereka seperti bertani dan berniaga. Hal ini bukan sahaja, berlaku dikalangan rakyat biasa tetapi juga dikalangan penghulu mereka. Keadaan ini menyebabkan golongan ulama Minangkabau merasa sangat sedih tentang tingkah laku penduduk yang telah meninggalkan kewajipan agama mereka. Pada tahun 1803, golongan ulama berhasil membina kekuatan dan mendirikan gerakan Paderi untuk melakukan gerakan pemurnian agama Islam di Minangkabau. Gerakan ini dipimpin oleh tiga orang ulama Minangkabau iaitu, Haji Miskin di Pandai Sikat (Luhak Agam), Haji Muhammad Arif di Sumanik (Luhak Tanah Datar), dan Haji Abdur Rakhman di Piabang (Luhak Limapuluh Koto) yang baru kembali dari Mekah[23]. Mereka berusaha untuk merebut kekuasaan tersebut dari tangan penghulu dan mereka berjaya mengakhiri kekuasaan kerajaan Pagar Ruyung pada tahun 1809. Pada tahun 1803 bermulalah gerakan pemurnian agama Islam di Minangkabau yang membawa faham pembaharuan agama Islam dari Mekah yang disebut Kaum Wahabi.[24]
Kekuasaan Inggeris dan Belanda akhir abad ke-18 dan permulaan abad ke-19 terbatas di pesisir Barat kerajaan Pagarruyung. Daerah pedalaman dikuasai oleh Kaum Paderi sementara Belanda dengan dibantu oleh golongan kaum adat berusaha untuk memerangi kaum Paderi. Melalui kaum adat, Belanda dapat mengetahui jalan-jalan untuk menyerang pertahanan kaum Paderi di Minangkabau. Akhirnya, Kaum Paderi dapat dikalahkan oleh Belanda. Malangnya, golongan adat tidak dipedulikan oleh Belanda dan mereka merasakan dirugikan oleh Belanda. Akhirnya, pada tahun 1833, di lereng Gunung Tandikat tercapai kata sepakat antara golongan adat dan kaum Paderi untuk bersatu mengusir Belanda dari Minangkabau. Mulai tahun 1833, timbullah perlawanan rakyat untuk menentang Belanda. Pada waktu ini, mereka melantik Tuanku Imam Bonjol sebagai ketua mereka. Pusat perlawanan rakyat ialah di negeri Bonjol dan Tuanku Imam Bonjol menguatkan pertahanan di Bukit Tajadi[25].
Pada 15 Ogos 1837, Bukit Tajadi jatuh ke tangan Belanda dan 16 Ogos 1837 benteng Bonjol jatuh ke tangan Belanda. Melalui tipu muslihat Belanda, Tuanku Imam Bonjol ditahan di Bukittinggi, dipindahkan ke Padang dan seterusnya ke Cianjur dan pada tahun 1839 dibuang ke Menado. Pada 8 November 1864, Tuanku Imam Bonjol meninggal dunia dalam usia 92 tahun[26].
Berakhirnya perang tersebut, Belanda mengalami kerugian yang sangat besar dan untuk menampung kos perang tersebut, Belanda memperkenalkan Tanaman Kopi Paksa yang dilakukan oleh Belanda sehingga mendapat tentangan dari penduduk. Akhirnya, pada tahun 1908 tanaman paksa tersebut terpaksa dihapuskan.[27]
Pada tahun 1837 seluruh daerah Sumatera Barat dikuasai oleh pemerintah Belanda dan penduduk peribumi terpaksa mengikut sistem yang diperkenalkan oleh pihak penjajah. Walaupun Belanda dapat menduduki Sumatera Barat namun demikian, perlawanan dari rakyat terus berlaku. Rakyat tidak berpuas hati dengan sikap dan perbuatan Belanda. Peraturan Blasting pada 1 Mac 1908 oleh Belanda, menyebabkan pemimpin rakyat Manggopoh bangkit melawan Belanda. Pemimpin rakyat Manggopoh ini ialah Hasik Bagindo Magek dan dibantu oleh isterinya bernama Sitti.[28] Demikian juga dengan Perang Silungkang, yang berlaku pada 31 Desember 1926 telah meletus suatu perlawanan rakyat menentang pemerintah Belanda. Penentangan mereka untuk membebaskan diri mereka dari belenggu penjajah. Walau bagaimanapun, perlawanan rakyat Silungkang dapat dipatahkan oleh Belanda pada 12 Januari 1927[29]. Kesedaran untuk membebaskan diri dari belenggu penjajah timbul kerana adanya golongan intelektual Sumatera Barat yang mendapat pendidikan di dalam dan di luar negeri terutama alim-ulama yang mendapat pendidikan di negara Arab. Timbulnya kegagalan dalam perjuangan, menyebabkan mereka menukar teknik perjuangan dengan mendirikan organisasi, pendidikan, dan komunikasi untuk membangkitkan kesedaran rakyat menentang penjajahan Belanda[30]. Peristiwa ini terjadi antara tahun 1900 – 1942. Setelah Paderi dikalahkan, Belanda mengusai Minangkabau sampai Jepun datang ke Indonesia pada tahun 1942. Setelah Jepun kalah pada Perang Pasifik pada tahun 1945, Minangkabau bersatu ke dalam Negara Republik Indonesia.[31]

2.2.2 Faktor-faktor Lahirnya Pengarang Minangkabau (1920 – 1946)


Perbincangan dalam bahagian ini ditumpukan kepada faktor-faktor yang menyebabkan lahirnya pengarang Minangkabau khususnya dalam bidang penghasilan novel. Faktor-faktor kelahiran ini dapat dilihat secara langsung ataupun tidak langsung. Fokus pembicaraan ini akan ditumpukan kepada zaman awal pertumbuhan novel di di Indonesia terutama awal abad ke-20 sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.

2.2.3 Lanjutan Tradisi dalam Sastera Minangkabau


Masyarakat Minangkabau semenjak dahulu lagi sudah mempunyai pelbagai seni misalnya seni sastera, seni bangunan, seni ukir, seni silat, seni drama dan lain-lain. Walau bagaimanapun, seni sastera merupakan seni yang sangat menonjol dalam masyarakat Melayu Minangkabau. Bukti tentang hal ini dapat dilihat dalam kehidupan sehari-hari bahawa mereka menyenangi hasil-hasil kesusasteraan mereka yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Hampir dalam semua aspek kegiatan hidup orang Melayu Minangkabau menggunakan pidato adat pasambahan dalam setiap upacara misalnya pengangkatan penghulu, majlis kenduri, majlis meraikan kelahiran dan kematian. Ini bermakna seni pidato menduduki tempat tertinggi dalam kehidupan mereka.
Hasil seni sastera yang lain termasuklah pantun, pepatah-petitih, peribahasa, gurindam, dan syair. Berdasarkan kajian sebelum ini, sebelum kedatangan Islam pada abad ke-15 dan 16 ke Minangkabau belum dijumpai bukti bahawa orang Melayu Minangkabau mempunyai huruf (tulisan) mereka sendiri. Ini bermakna, Kesusasteraan Minangkabau berkembang secara lisan dan tradisi menulis tidak ada pada zaman ini.
Kedatangan Islam ke Minangkabau telah memberi satu kesan yang sangat besar kepada sastera Minangkabau kerana Islam telah datang membawa huruf Arab. Dengan adanya sedikit perubahan, maka tulisan ini lebih dikenali dengan tulisan Jawi atau huruf Melayu. Ini bermakna segala hasil sastera Minangkabau yang selama ini berkembang secara lisan telah dapat dituliskan. Hasil-hasil sastera ini termasuklah Kaba Cinduo Mato, Malim Deman, Rancak di Labuah, Kaba Anggun Tonga Magek Jabang, Kaba Si Umbuik Mudo, Kaba Puti Nilam Cayo, Kaba Siti Kalasun, Kaba Si Umbuik Mudo, Kaba Puti Gando Nilai, Kaba Anggun nan Tungga, Kaba Sutan Lembak Tuah, kaba Bujang Paman, Puti Gondariah, kaba Sutan Lembak Tuah dengan Siti Rabiatun dan lain-lain.[32] Di Sumatera Barat penerbit yang mencetak kaba ialah Pustaka Indonesia, Indah, Arga, Bayunus dan Tsamaratulichwan. Penulis-penulis novel pada tahun 20an juga menterjemahkan kaba Sabai Nan Aluih (1929) yang ditulis oleh M. Thaib Gelar St. Pamuntjak dalam bahasa Melayu Minangkabau ke dalam bahasa Indonesia. Sabai nan Aluih (1931) yang disusun oleh Tulis St. Sati, Tjerita Malim Deman (1932) oleh Aman Dt. Madjoindo dan Tjerita si Umbut Muda yang ditulis oleh Tulis St. Sati (1930) dan Tjindur Matro (1951) karya Madjoindo[33]. Pengarang ini juga sudah terbiasa dengan syair misalnya Syair Siti Marhumah yang Saleh (1930) dan Syair Rosina (1933)[34]. Hal ini merupakan suatu bukti yang kuat menunjukkan hubungan dan pertalian bahasa dan masyarakat Minangkabau dengan karya berbentuk prosa. Karya-karya ini lebih dikenali dengan kaba dan karya ini digolongkan ke dalam seni drama, kerana telah dipertunjukkan oleh pelakunya di depan khalayak[35].
Sesuai dengan perkembangan mesin cetak, hasil-hasil kesusasteraan ini dicetak dan dapat dibaca oleh seluruh masyarakat sehingga ke hari ini. Berdasarkan kenyataan ini, dapatlah dirumuskan bahawa bahawa masyarakat Minangkabau semenjak dahulu lagi sudahpun mempunyai seni sastera yang tersendiri. Ini bermakna, lahirnya novel yang ditulis oleh orang Minangkabau adalah sebahagian dari lanjutan tradisi tersebut yang sudah lama wujud dalam masyarakat mereka. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana novel-novel yang dihasilkan pada tahun 1920-an dan 1930-an masih lagi terikat dengan konvensi yang ada dalam hasil kesusasteraan mereka terutama dari kaba Minangkabau. Unsur-unsur sastera yang lain terutama pantun, pepatah-petitih, syair dan simpulan bahasa masih lagi menebal sebagaimana yang terdapat di dalam novel.

2.2.4 Penubuhan Balai Pustaka


Sebelum tahun 1917, Balai Pustaka dikenali sebagai Biro Sastra Rakyat.
Penubuhan Balai Pustaka pada tahun 1917 berperanan untuk;
i) Memberi kesempatan kepada bangsa Indonesia untuk menulis dan disiarkan
sebagai bacaan masyarakat;
ii) sebagai penghubung antara penulis dengan masyarakat;
iii) menghidangkan kepada masyarakat bacaan yang baik dan murah;
iv) menjamin kelangsungan kehidupan hasil-hasl kesusasteraan Indonesia sejak
ia diciptakan hingga ke zaman berikutnya;
v) memperkenalkan hasil-hasil kesusasteraan dunia dengan menterjemahkan
hasil-hasil kesusasteraan bangsa asing yang bermutu ke dalam bahasa
Indonesia.
Peranan utama kegiatan Balai Pustaka ialah sebagai pusat kesusasteraan. Pada tahun 1920-an, ia merupakan satu-satunya pusat kesusasteraan. Balai Pustaka
bukan saja mendorong para pengarang Indonesia supaya mencipta novel tetapi memberikan kepada mereka kemudahan penerbitan. Ramainya pengarang-pengarang novel dari Sumatera Barat dapat dimungkinkan terutama dengan wujudnya Balai Pustaka. Kebanyakan para penulis Sumatera Barat pernah bekerja pada Balai Pustaka, baik dalam tempoh yang lama atau pun sebentar atau sekurang-kurangnya beberapa buah karya pernah diterbitkan oleh Balai Pustaka[36]. Pengarang novel Sumatera Barat yang terkenal misalnya Nur Sutan Iskandar bekerja di pejabat ini mulai tahun 1919 dan terus-menerus bekerja di sana sehingga beliau bersara. Aman Dt. Madjoindo yang dilahirkan di Solok, Sumatera Barat pada tahun 1896 juga pernah bekerja sebagai korektor pada tahun 1920, kemudian dinaikkan pangkat sebagai ketua redaktur di Balai Pustaka[37]. Bolehlah dikatakan novel-novel yang membicarakan tentang masalah orang Melayu Minangkabau diterbitkan oleh Balai Pustaka sehingga pengkaji Sastra Indonesia misalnya A. Teeuw, Ajib Rosidi dan Zubir Osman menggolongkan golongan ini sebagai Angkatan Balai Pustaka.


2.2.5 Peranan Sumpah Pemuda 1928

Sumpah Pemuda telah dilahirkan dan diikrarkan oleh seluruh pemuda Indonesia dengan penuh kesedaran semangat kebangsaan. Bangsa Indonesia memerlukan satu bahasa kebangsaan sebagai bahasa persatuan untuk menyatukan seluruh penduduk Indonesia yang berbagai bahasa, agama, dan kebudayaan. Sumpah Pemuda dianggap mempunyai peranan yang sangat besar kepada rakyat Indonesia kerana bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa persatuan bagi rakyat Indonesia dan bahasa Melayu digantikan dengan bahasa Indonesia. Gagasan mengenai bahasa persatuan itu lahir dari sebuah proses pemikiran yang matang. Dalam kongres Pemuda Indonesia I, pada tahun 1926 Muhamad Yamin salah seorang pemuda Minangkabau memperjuangkan bahasa Melayu agar menjadi bahasa yang dapat difahami suku-suku bangsa di Indonesia[38]. Mohamad Yamin telah diberi penghormatan untuk membuat konsep-konsepnya dan salah satu konsep tersebut berisi rumusan tentang bahasa yang tertulis: ‘Kami putra dan putri Indonesia menjunjung tinggi bahasa persatuan bahasa Melayu’. Setelah melewati perdebatan dan berbagai pertimbangan, dalam Kongres Pemuda II, 28 Oktober 1928, disepakati rumusan mengenai bahasa persatuan, sebagai berikut: ‘kami putra dan putri Indonesia, menjunjung tinggi bahasa persatuan bahasa Indonesia’. Keputusan ini didukung oleh tokoh-tokoh berbagai suku bangsa seperti Ki Hadjar Dewantara, Purbatjaraka, Abu Hanifah, Husein Djajadiningrat, Sanusi Pane Semenjak itu para pemimpin Indonesia dan seniman menggunakan bahasa Melayu/Indonesia untuk meniupkan semangat kebangsaan sama ada dengan menggunakan dalam ucapan atau tulisan. Terbukti kemudian, bahasa Indonesia secara rasmi menjadi bahasa negara sebagaimana tercantum dalam Pasal 36, Undang-Undang Dasar 1945[39].

2.2.6 Lahirnya Insititusi pendidikan di Sumatera Barat


Apabila Belanda menguasai seluruh daerah Minangkabau pada tahun 1840, pemerintahan Belanda mula mempersiapkan tenaga terdidik tingkat rendah dengan membuka sekolah dasar. Bahasa Melayu diajar dan digunakan sebagai bahasa pengantar. Pada tahun 1855 sekolah guru mula dibuka di Bukittinggi sebagai sekolah guru yang pertama di Sumatera. Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Raja (Kweekschool). Tujuan utama sekolah ini untuk menghasilkan guru di peringkat sekolah menengah yang dapat membina dan mengembangkan sekolah. Selama 10 tahun perkembangan telah menghasilkan 49 tamatan, 37 orang di antaranya menjadi pegawai pemerintah (pakhuis) yang sebahagian besarnya ditempatkan di pos-pos pengumpulan kopi. Hanya 12 orang yang menjadi guru. Sekolah Raja mempunyai peranan yang sangat besar kepada penyebaran Bahasa dan Kesusasteraan Melayu kerana lepasan ini dapat mengembangkan bahasa Melayu di Minangkabau dan Nusantara secara lebih cekap. Tamatan yang memilih pekerjaan di bidang pemerintahan, telah membentuk kaum intelek baru bumiputera. Tamatan ini dapat mengembangkan penggunaan bahasa dalam lingkungan pekerjaan dan masyarakat. Tamatan ini ada juga melibatkan diri dalam bidang kewartawanan, editor penerbit dan meningkat menjadi sasterawan dan ada yang menjadi pemimpin lainnya. Pengarang-pengarang Minangkabau yang terkenal adalah tamatan dari sekolah ini misalnya Marah Rusli pada tahun 1904 dan Nur Sutan Iskandar (1910), sekolah ini misalnya Marah Rusli Mereka membentuk intelektual peribumi yang mengembangkan dan menuangkan fikiran melalui bahasa yang telah dikuasainya[40]. Institusi pendidikan lain terutamanya di Sumatera Barat yang telah menghasilkan sasterawan termasuklah Abdoel Moeis dari ELS (Europese Lagere SchooI) di Bukittinggi, Sariamin dari Sekolah Guru Putri di Padang Panjang, Ali Akhbar Navis dari Institut Nasional Syafei (INS), Dt. B. Nurdin Jacub dari AMS, Bukittinggi, Soerwardi Idris. Wildan Yatim bersekolah peringkat Sekolah Dasar dan Menengah di Tapanuli. Pengarang Chairul Harun dan Darma Moenir pernah mendapat pendidikan peringkat menengah di Sumatera Barat.

2.2.7 Lahirnya Gerakan Kaum Muda

Di Indonesia, gejala sosial ini bermula pada tahun 1903 di kalangan masyarakat
Melayu Minangkabau. Syeikh Ahmad Khatib menyebarkan buah fikirannya dari Makkah melalui muridnya di daerah Minangkabau seperti Syekh Muhammad Djamil Djambak, Haji Abdul Karim Amrullah dan Haji Abdullah Ahmad[41]. Salah satu tujuan gerakan Kaum Muda ialah untuk memurnikan kembali agama Islam dan menentang adat yang tidak bersesuaian dengan Islam. Ulamak-ulamak ini mendirikan sekolah-sekolah agama misalnya sekolah-sekolah Thawalib. Sekolah-sekolah ini bukan sahaja memberikan ilmu pendidikan yang bercorak agama tetapi juga mata pelajaran yang lain misalnya Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan lain-lain. Sekolah-sekolah ini akhirnya melahirkan sasterawan yang berbakat besar misalnya Hamka dari Sumatera Thawalib, Parabek di Padangpanjang. Di dalam novel yang dikarang oleh Hamka terdapat idea-idea dari Kaum Muda yang ingin memperbaiki cara berfikir orang Islam terutama yang berkaitan dengan ajaran Islam yang sebenar. Hamka sendiri pun mengeluarkan buku iaitu Adat Minangkabau Menghadapi Revolusi yang didalamnya secara tegas dinyatakan bahawa adat itu harus dibuang dan ditukar dengan dengan yang baru digunakan di seluruh Indonesia[42]. Kaum Muda bukan sahaja dari golongan yang berpendidikan agama tetapi juga dari golongan yang yang mendapat pendidikan secara barat misalnya Marah Rusli, Abdoel Moeis, Nur Sutan Iskandar, Adinegoro, Abas Sutan Pamuntjak N.S, Aman Datuk Madjoindo dan M. Enri. Hampir kesemua pengarang-pengarang ini menokohkan kaum muda dari mereka yang mendapat pendidikan barat sebagai penentang adat. Ini bermakna golongan Kaum Muda yang diwakili oleh pengarang sama ada yang mendapat pendidikan agama atau Barat menggunakan karya kretif khususnya dalam bidang novel sebagai salah satu cara untuk memajukan fikiran masyarakat Islam pada waktu itu terutama di Sumatera Barat

2.2.8 Peranan Budaya dalam Masyarakat Melayu Minangkabau


Salah satu budaya tradisi yang dapat dianggap dapat memberikan satu aset
yang paling baik sehingga melahirkan ramai sasterawan ialah budaya merantau. Orang Minangkabau juga mempunyai semangat belajar yang tinggi dan mereka berani mengeluarkan pendapat. Sikap budaya ini bersumber dari pandangan hidup mereka yang egaliter dan kosmopolitan[43]. Pola egaliter dengan segala implikasinya memberikan hak dan kesempatan bagi setiap orang mengembangkan potensi dirinya tanpa merendahkan orang lain. Hal ini tidak dinafikan kerana pengarang-pengarang pada zaman awal abad ke-20 sehingga akhir abad ke-20 misalnya Marah Rusli, Abdoel Moeis, Nur Sutan Iskandar, Tulis Sutan Sati, Hamka, Adinegoro, Soewardi Idris, Idrus, dan Wildan Yatim menghasilkan karya mereka di perantauan terutama di Jakarta dan Medan. Orang Melayu Minangkabau mudah menyesuaikan bahasanya ke dalam bahasa Melayu tinggi yang sudah mendapat tempat sebagai lingua franca. Bahasa Melayu Minangkabau juga dipandang sebagai dialek dari bahasa Melayu dan bahasa Melayu ini sangat mudah dan orang Melayu Minangkabau mudah menyesuaikan bahasanya ke dalam bahasa Melayu tinggi.
Perkembangan ilmu pengetahuan sama ada Barat dan Islam membuatkan orang
Melayu Minangkabau telah membuka diri tentang beberapa kelemahan yang ada dalam struktur kekeluargaan matrilineal. Hak wanita yang berlebihan di samping pembelengguan gerak-gerinya, pemuda Minangkabau yang tidak ada hak di rumah ibunya, suami yang jadi orang asing di rumah isterinya, keluarga isteri lebih berkuasa terhadap isteri dan anak-anak. Beberapa kelemahan inilah yang memungkinkan berkembangnya idea, fikiran, gagasan para penulis novel sehingga mereka menghasilkan karya mereka untuk diperdebatkan dalam kehidupan masyarakat Melayu Minangkabau seterusnya[44].
Masyarakat Melayu Minangkabau dan seluruh pelajar dari Sumatera yang
tinggal diperantauan telah mengadakan organisasi. Mereka dapat berkumpul dengan lebih ramai pemuda asal Minang yang sedang menuntut di tanah Jawa. Pada tahun 1917 rasa kesatuan ini mendapat salurannya apabila sejumlah pemuda pelajar Sumatera membentuk wadah Jong Sumateranen Bond (Perkumpulan Pemuda Sumatera). Tujuan perkumpulan ini ialah untuk menumbuhkan rasa kesatuan dan setiakawan antara pemuda dari Sumatera, dan saling mendorong menuntut ilmu sehingga menjadi pemimpin, pendidik dan pengabdi masyarakat kampung dengan harapan dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat. Pemuda-pemuda ini termasuklah Mohammad Yamin, Djamaloeddin (Adinegoro) dan Amir[45].
Sikap berbahasa dan sifat perantau Minangkabau menjadi penunjang dalam
perkembangan bahasa Melayu. Perantau yang memilih pekerjaan sebagai peniaga, guru, pegawai, selalu berada di tengah masyarakat. Mereka sangat mudah menyesuaikan diri, cepat bergaul dengan masyarakat sekitar dan mengembangkan komunikasi yang dapat difahami bersama dengan menggunakan bahasa Melayu.

2.2.9 Peranan Akhbar, Majalah dan Penerbit


Sekolah-sekolah Thawalib bukan sahaja melahirkan pelajar tetapi sekolah
ini juga melahirkan akhbar Islam seperti Al-Munir di Padang Panjang. Al-Bayan di Parabek, Al-Basyr di Sungayang, Al-Imam di Padang Japang dan lain-lain. Melalui akhbar ini golongan kaum muda dapat menyampaikan tentang reformasi dan nasionalisme di kalangan masyarakat Indonesia.[46] Berdasarkan pengalaman yang ada dalam masyarakat Minangkabau dan juga pengalaman di negara Arab, Hamka pergi ke Medan dan di sana beliau bertindak sebagai editor dalam majalah Mingguan Islam.[47] Beliau terpaksa menceburkan diri ke dalam lapangan kesusasteraan dan menulis novel bersiri dan cerpen. Menurut Teeuw, pada tahun 1935 – 1940 Hamka menghasilkan lima buah roman. Novel-novel yang dihasilkan termasuklah Di Bawah Lindungan Kaabah (1936) dan Tenggelamnya Kapal Van der Wijck (1938)[48].
Majalah-majalah lain yang berperanan besar dalam usaha melahirkan pengarang novel bukan sahaja pengarang dari Sumatera Barat tetapi juga pengarang Indonesia pada keseluruhannya. Majalah-majalah tersebut misalnya Sri Pustaka (1919-1941), Panji Pustaka (1919 – 1942), dan Jong Sumatera (1920- 1926). Sutan Takdir Alisjahbana menakui bahawa pada usianya 15 tahun, beliau mulai menulis untuk majalah Jong Sumatera dalam bahasa Belanda dan Indonesia yang ketika itu masih bernama bahasa Melayu[49]. Pada tahun 1932 majalah Timbul iaitu sebuah majalah yang khusus tentang sastera yang sebelumnya diterbitkan dalam bahasa Belanda telah menerbitkan juga edisi Bahasa Indonesia yang dipimpin oleh Sanusi Pane. Dalam tahun yang sama, Sutan Takdir Alisyahbana telah mengadakan ruangan Menuju Kesusasteraan Baru dalam majalah Panji Pustaka.
Majalah Pujangga Baru diterbitkan pada 29 Julai 1933 (1933 – 1942 dan 1949 – 1953) dengan harapan untuk mengeluarkan pendapat dan fikiran untuk memajukan bahasa dan kebudayaan. Tokoh-tokoh yang terlibat ialah Sutan Takdir Alisyahbana, Armijn Pane, Amir Hamzah dan Tetengkeng. Majalah ini diberi nama Pujangga Baru merupakan majalah pertama dalam bahasa Indonesia manakala penulis dalam majalah ini lebih dikenali dengan Angkatan Pujangga Baru. Majalah ini berusaha untuk mengumpulkan para seniman, budayawan dan cendikiawan seperti Sutan Takdir Alisyahbana, Amir Syarifudin, Amir Hamzah dan lain-lain.

2.2.10 Kesimpulan
Novel-novel dari Minangkabau tercetus hasil daripada evolusi jenis sastera ‘hikayat’, ‘epik’, ‘kaba’ dan sastera lisan yang lain yang sudah menjadi warisan bagi masyarakat Melayu Minangkabau di Indonesia. Pengarang-pengarang Melayu Minangkabau terutamanya yang mula-mula bergiat di peringkat zaman awal pertumbuhan novel (tahun 1920 – 1940) lebih mengenali bentuk-bentuk hikayat, epik dan kaba. Mereka kebanyakannya terpisah dari bentuk-bentuk novel di Barat atau di dunia lainnya. Mereka pada waktu itu tidak pernah mengunakan istilah ‘novel’. Namun, mereka berkemampuan menulis novel-novel yang diilhamkan oleh jenis sastera hikayat, kaba atau epik. Penciptaan pada zaman awal perkembangan ini lebih dikenali dengan istilah ‘hikayat’, ‘cetera’ atau ’cerita panjang’. Penamaan judul novel sebagai Siti Nurbaya oleh Marah Rusli yang dianggap novel yang pertama ditulis oleh orang Melayu Minangkabau membuktikan hal ini. Siti Nurbaya merupakan watak seorang perempuan Melayu Minangkabau mempunyai hubungan dengan nama judul-judul kaba Minangkabau yang sudah terkenal dalam masyarakat Melayu Minangkabau misalnya Kaba Cinduo Mato, Kaba Siti Jamilah, Puti Gondoriah, Puti Nilam Cayo dengan Dang Tuangku Gombang Alam, Puti Talayang, Sabai nan Aluih, Kaba Siti Syamsiah dan lain-lain. Kesemua judul kaba Minangkabau tersebut adalah watak perempuan dan kaba ini mempunyai kedudukan yang penting dalam kesusasteraan tradisional orang Melayu Minangkabau.
Menurut Hashim Awang, lahirnya novel dalam masyarakat ini tumbuh sebagai hasil daripada dan kreativiti orang Melayu terhadap kepentingan ciptaan seni sastera sebagai alat membentuk jiwa, moral dan kemajuan bangsa serta masyarakatnya. Fungsi dan tujuan ciptaan menjadi pendorong dan penentu utamanya, bukan unsur atau suasana zaman. Menurutnya lagi, Sasterawan-sasterawan Melayu tidak pernah memikirkan bahawa mereka patut mengarang sastera kerana adanya alat cetak, atau kerana adanya pengaruh-pengaruh barat yang baru atau moden maka mereka patut menulis karya sastera untuk menerapkan kemodenan ini[50]. Faktor asas mereka mengarang kerana lebih terdorong oleh keinginan yang lahir dalam rasa kemanusiaan untuk membimbing bangsa atau masyarakat mereka. Faktor-faktor desakan atau perubahan masa kurang menjadi penentu atau rangsangan kepada penglahiran sastera mereka.

2.3.0 Sepintas Lalu Tentang Perkembangan Novel Minangkabau


Perkembangan di sini meliputi soal penghasilan novel yang dihasilkan oleh penulis Minangkabau, yakni penulisan dan penerbitannya. Novel berasal dari bahasa Itali ‘novella’ yang bererti ‘sebuah barang baru yang kecil’, dan kemudian diertikan sebagai ‘cerita pendek’ dalam bentuk prosa. Sebelum kemunculan novel, tradisi penulisan sebenarnya telah lama wujud terutama bila wilayah di Nusantara ini telah menerima agama Islam sebagai pegangan akidah mereka. Agama Islam telah membawa huruf Arab menerusi Al-Quran dan melalui huruf Arab ini terus berkembang sebagai huruf Jawi. Semenjak huruf Jawi mula diterima dalam masyarakat Melayu di Nusantara, maka bermulalah tradisi penulisan. Sebelum ini perkembangan kesusasteraan berlaku secara lisan atau lebih dikenali sebagai sastera lisan. Pengenalan alat cetak yang dibawa oleh Barat dalam tahun 1800 menyebabkan tradisi penulisan semakin luas diterima dalam masyarakat Melayu Nusantara. Ini bermakna tradisi penulisan semakin diterima dalam masyarakat.
Roman pula bererti cerita yang ditulis dalam bahasa Roman, iaitu bahasa rakyat Perancis pada abad pertengahan. Dalam pengertian moden, roman bererti cerita prosa yang melukiskan pengalaman-pengalaman batin dari beberapa orang yang berhubungan satu dengan yang lain dalam suatu keadaan. Secara umumnya roman ialah cerita rekaan berdasarkan kepada kehidupan yang dialami oleh manusia dan kerana itu mempunyai kemungkinan-kemungkinan untuk berlaku atau terjadi. Ahli-ahli sejarah sastera Indonesia misalnya A.Teeuw dan Ajip Rosidi lebih cenderung menggunakan kata roman terutama kepada novel-novel yang diterbitkan sebelum perang. Aning Retnaningsih mendefinisikan bahawa novel yang lahir pada peringkat awal pertumbuhan novel di Indonesia dikatakan sebagai roman moden.
Roman moden rancangannya sangat luas meliputi gambaran lahir dari pelaku-pelaku atau watak-watak dengan pengalaman dan keperibadian pengarang sendiri, disertai dengan pengalaman dan keadan hidup sehari-hari yang bersifat kebetulan dan luar biasa, sampai kepada keperibadian batin yang mempunyai watak yang khas serta dengan keadaan rasa hati dan konflik kejiwaan yang timbul oleh susunan watak itu. Apa yang dipaparkan di dalam moden ialah kehidupan sehari-hari dari manusia yang mendekati kenyatan-kenyatan yang sebenarnya[51]. Mengambil latar belakang dari kejadian-kejadian sekelilingnya yang menarik perhatian pengarang dari satu masa yang tertentu. Sebaliknya cerita dari hikayat dimulai dengan penderitaan-penderitaan terlebih dahulu, kemudian diakhiri dengan pengembaraan pelaku-pelaku yang mengembirakan, sesuai dengan fungsinya iaitu menghibur orang-orang yang sedang menderita. Isi yang terdapat alam hikayat kebanyakannya adalah romantis, berisi bermacam-macam keajaiban, peperangan dan pengembaraan yang tidak berkesudahan dan hidangan yang mewah dan menceritakan tentang kekuatan yang luar biasa pada seseorang watak dan kecantikan puteri-puteri. Pada tahun 20-an isi yang terdapat dalam roman moden masih terlihat unsur-unsur hikayat sebagaimana yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu lama. Sewaktu istilah ‘roman’ digunakan untuk genre novel zaman awal di Indonesia, genre novel zaman awal hanya digunakan dengan istilah ‘buku cerita’ satu istilah yang dipadankan dari frasa Bahasa Inggeris ‘story book’.


2.3.1 Perkembangan Novel Minangkabau

Perkembangan novel Minangkabau yang dimaksudkan disini ialah novel-novel yang ditulis oleh orang Minangkabau atau bukan Minangkabau yang membicarakan masalah masyarakat Minangkabau. Perkembangan penulisan novel Minangkau tidak dapat dipisahkan dengan perkembangan novel secara keseluruhan di Indonesia. Pada peringkat awal pertumbuhan novel di Indonesia sebenarnya sudah dimulai bukan sahaja dari penulis Minangkabau tetapi juga meliputi penulis dari pulau Sumatera yang lainnya terutama dari penulis Mandailing, Aceh, Sumatera Utara, Palembang, Pulau Jawa, Sulawesi dan lain-lain. Sebelum novel Azab dan Sengsara (1920) yang merupakan novel pertama Balai Pustaka, didapati telah terbit beberapa buah novel lain. Novel-novel ini berlatar-belakangkan daerah-daerah di sekitar Pulau Jawa. Karya-karya tersebut termasuklah karya Raden Mas Djokomono Tirto Aghi Soerjo yang berjudul Cerita Nyai Ratna (1909), Membeli Bini Orang (1909) dan Busono (1912). Seterusnya karya Mas Marco Kartodikromo ialah Mata Gelap dan Student Hijau. Gadis Bali Ni Rawit Penjual Orang oleh Panji Tisna oleh Panji Tisna dan Hikayat Siti Mariah ditulis oleh H. Moekti. Fatimah Busu menganggap Hikayat Siti Mariah (1910-1911) merupakan novel terawal Indonesia berasaskan kepada penampilan watak-watak yang terdiri dari bangsa penjajah dan watak peribumi. Penampilan watak ini memperlihatkan realiti kehidupan di Indonesia di bawah penjajahan Belanda. Latar yang terdapat alam novel ini juga adalah latar yang sebenarnya terutama pemamparan kilang gula dan ladang tebu. Novel ini juga disampaikan di dalam bahasa Melayu loghat Jawa yang disesuaikan dengan latar kehidupan dan suasana di Pulau Jawa[52].
Walaubagaimanapun, ahli sejarah sastera Indonesia sudah sependapat bahawa sebelum Perang Dunia Kedua, penulis dari Minangkabau merupakan penulis yang paling dominan menghasilkan novel-novel terutama dari penerbit Balai Pustaka. Umar Junus menganggap hasil-hasil kesusasteraan khususnya novel yang diterbitkan oleh Balai Pustaka pada peringkat awalnya dianggap telah memulai satu sastera moden yang berbeza dengan sastera tradisional. Perkembangan ini dianggap sebagai masa baru dalam perkembangan kesusasteraan Melayu di Indonesia[53]. Angkatan Balai Pustaka juga dikenali sebagai angkatan 20 kerana novel pertama yang diterbitkan telah dapat memberi corak kesusasteraan Indonesia moden. Novel tersebut berjudul Azab dan Sengsara oleh Merari Siregar yang ditulis sekitar tahun 1920. A. Teeuw pula menganggap tahun-tahun 20-an dikenali sebagai zaman Balai Pustaka sebagai “masa kecilnya kesusasteraan Indonesia yang moden”. Annas Haji Ahmad pula menganggap novel-novel yang dihasilkan sebelum perang sebagai zaman pembaharuan di Indonesia dan tanah Melayu. Zaman ini dikenali sebagai zaman kesedaran, zaman yang membawa jiwa dan corak baharu ke dalam sastera bentuk prosa dan puisi.
Berdasarkan kepada corak perkembangan penulisan novel di Indonesia sebelum perang, maka pada peringkat awal perkembangannya dikenali sebagai period kelahiran. Di dalam period kelahiran ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 1900 – 1933, period 1933 – 1942 dan period 1942 – 1945. Ketiga-tiga period ini mempunyai ciri-ciri yang khas di dalam penulisan novel. Berdasarkan kepada pembahagian ini maka period sebelum Perang Dunia Kedua ialah period 1900 – 1933 dan period 1933 – 1942. Berdasarkan kepada huraian di atas menunjukkan bahawa terdapat berbagai pengertian dan pandangan tentang novel-novel yang dihasilkan pada peringkat pertumbuhannya. Berdasarkan kepada kajian sarjana yang lampau, belum lagi ditemui secara khusus tentang perkembangan novel-novel dari pengarang Minangkabau sama ada sebelum Perang Dunia Kedua atau selepas Perang Dunia Kedua. Kajian yang ada sebelum ini di dapati pengarang Minangkabau digabungkan bersama-sama dengan pengarang dari daerah lain di seluruh pelusuk Indonesia. Dengan hal yang demikian, peranan secara khusus tentang penglibatan pengarang dari Minangkabau khususnya dalam perkembangan novel didapati agak kabur. Untuk melihat perkembangan novel dari aspek kewilayahan ini, beberapa pengarang yang terkenal pada tahun 30an terutama Sutan Takdir Alisyahbana dan Armijn Pane tidak akan dibincangkan. Sutan Takdir Alisyahbana dengan novelnya yang berjudul Layar Terkembang dan Armijn Pane dengan novel Belenggu. Hal ini disebabkan Sutan Takdir dilahirkan di Natal pada tahun 1908 dan Armijn Pane dilahirkan di Muarasipongi. Menurut Umar Junus, Sutan Takdir Alisyahbana dilahirkan dan dibesarkan di Palembang[54]. Kedua-dua daerah ini tidak termasuk dalam wilayah Minangkabau dan mereka bukan orang Melayu Minangkabau. Dalam bahagian ini pengkaji akan cuba membuat suatu perkembangan novel yang ditulis oleh penulis Minangkabau bermula pada tahun 1920 sehingga tahun 2000. Novel-novel yang dihasilkan oleh penulis Minangkabau dapat dikategorikan kepada dua bahagian iaitu novel yang membicarakan tentang masyarakat Melayu Minangkabau dan novel yang tidak membicarakan masyarakat Minangkabau atau membicarakan masyarakat Indonesia secara keseluruhannya. Secara pastinya pengarang-pengarang dari Minangkabau terus membicarakan masyarakat mereka bukan sahaja pada era sebelum perang tetapi persoalan ini terus berlanjutan sehingga tahun 2000.

Pada tahun 1920- 1929 tercatat pengarang-pengarang novel dari Sumatera Barat. Nama-nama tersebut termasuklah Marah Rusli, Abdoel Moeis, Nur Sutan Iskandar, Adinegoro dan Tulis Sutan Sati. Novel yang pertama dari pengarang Sumatera Barat ialah Sitti Nurbaya yang dihasilkan oleh Marah Rusli pada tahun 1922. Pada tahun yang sama Nur Sutan Iskandar menghasilkan novelnya yang pertama berjudul Apa Dajaku karena Aku Perempuan dengan menggunakan nama samaran iaitu Nursinah Iskandar. Novel ini diterbitkan oleh penerbit swasta. Pada tahun 1924 Nur Sutan Iskandar menghasilkan dua buah novel yang berjudul Apa Dayaku karena Aku Perempuan, dan Cinta yang membawa Maut bersama Abdul Ager. Pada tahun ini juga Swan Pen atau nama sebenarnya Prada Harahap menghasilkan novel yang berjudul Melati van Agam. Pada tahun 1926 Kedjora menerbitkan sebuah novel yang bertajuk Karam dalam Gelombang. Novel Pertemoen hasil karya Abas Dt. Pamoentjak diterbitkan pada tahun 1927 dan Adinegoro menghasilkan novel yang berjudul Darah Muda. Seterusnya pada tahun 1928 Nur Sutan Iskandar menghasilkan novel dan diberi judul Salah Pilih. Pada tahun yang sama Adinegoro menghasilkan novel yang berjudu Asmara Jaya. Pada tahun 1929 terbitnya novel hasil karya Abdoel Moeis dengan judul Salah Asuhan. Tak Disangka dan Sengasara Membawa Nikmat karya Tulis Sutan Sati juga diterbitkan pada tahun 1929. Novel yang penting dalam dekad ini dan sering diperdebatkan sehingga hari ini ialah Sitti Nurbaya, Salah Pilih, Salah Asuhan dan Sengasara Membawa Nikmat.

Pada tahun 1930 – 1939 tercatat pengarang-pengarang novel dari Sumatera Barat. Nama-nama tersebut termasuklah Habib Sutan Maharadja, Selasih dan Hamka. Pada tahun 1931 Abdoel Moeis bersama Mamed Sastrahadiprawira menghasilkan novel yang berjudul Pengeran Kornel. Habib Sutan Mahahradja menghasilkan novel pada tahun 1932 dengan judul Nasib. Pada tahun yang sama novel-novel yang diterbitkan berjudul Memutuskan Pertalian, Tidak Membalas Guna, dan Tak Disangka oleh Tulis Sutan Sati dan novel berjudul Pertemuan Jodoh oleh Abdul Muis. Pada tahun 1932 Nur Sutan Iskandar menghasilkan novel yang berjudul Karena Mentua. Tulis Sutan Sati menghasilkan novel yang berjudul Memutuskan Pertalian. Pada tahun ini juga Aman Dt. Madjoindo bersama Hardjosumarto menghasilkan novel yang berjudul Rusmala Dewi dan judul tambahan novel ini ialah Pertemuan Djawa dan Andalas. Aman Dt. Madjoindo yang dilahirkan di Solok pada tahun 1896 menghasilkan novel yang berjudul Menebus Dosa juga pada tahun yang sama.
Pada tahun 1933 dianggap tahun yang penting dalam perkembangan novel-novel pengarang Minangkabau dan Indonesia pada keseluruhannya kerana Selasih muncul sebagai pengarang perempuan yang pertama dengan novelnya yang berjudul Kalau Tak Untung. Pada tahun yang sama Nur Sutan Iskandar menghasilkan novel yang berjudul Tuba Dibalas dengan Susu dan beliau bersama M. Dahlan menghasilkan novel yang berjudul Dewi Rimba. Pada tahun 1934 Nur Sutan Iskandar menghasilkan novel Hulubalang Raja dan bersama S. Hardjosomarto menghasilkan novel yang berjudul Rusmala Dewi dan Sebabnya Rafi’ah Tersesat. Novel Hulu Balang Raja merupakan sebuah roman sejarah yang dikerjakan berdasarkan sebuah disertasi H. Kroeskamp De Westkust en Minangkabau (1665 – 1668) (Pantai Barat dan Minangkabau, 1665 – 1668 terbit 1931).[55] Aman Dt. Madjoindo menghasilkan novel yang berjudul Si Cebol Rindukan Bulan dan Sampaikan Salamku Kepadanya. P
Pada tahun 1935 Nur Sutan Iskandar menghasilkan karya yang berjudul Katak Hendak Djadi Lembu. Pada tahun 1935 Aman Dt. Madjoindo menghasilkan novel yang berjudul Menebus Dosa dan Sampaikan Salamku Padanya. Selasih menghasilkan novel keduanya yang berjudul Pengaruh Keadaan juga pada tahun 1935. Pada tahun 1937 Nur Sutan Iskandar menghasilkan yang berjudul Naraka Dunia. Hamka dianggap pengarang yang penting di luar Balai Pustaka. Sungguhpun pengarang ini di luar dari Balai Pustaka tetapi persoalan yang diungkapkan melalui novel-novelnya masih lagi berlatarkan tentang kehidupan masyarakat Minangkabau. Pada tahun 1938 beliau telah menghasilkan novelnya yang pertama dengan judul Di Bawah Lindungan Kaabah, Tenggelamnya Kapal van der Wijck dan Karena Fitnah. dan Dijemput Mamaknya. Pada tahun 1939, Ardi Soma menghasilkan novel yang berjudul Tjintjin Setempel. Pada tahun yang sama novel yang penting dikarang oleh Hamka iaitu Merantau ke Deli, Tuan Direktur, dan Cinta dari Deli. Walaubagaimanapun novel yang dianggap penting dalam dekad ini ialah novel yang berjudul Kalau Tak Untung dan Di Bawah Lindungan Kaabah. Dalam dekad ini ada sebahagian novel-novel yang diterbitkan bukan lagi membicarakan masyarakat Melayu Minangkabau tetapi juga sudah menunjukkan kepelbagaian dalam masyarakat Indonesia walaupun penulisnya berasal dari Minangkabau. Novel-novel tersebut termasuklah Pengeran Kornel, Tuba di Balas dengan Susu, Dewi Rimba, Tuba dibalas dengan Susu, Hulubalang Raja, Si Cebol Rindukan Bulan, Sampaikan Salamku kepadanya, Katak Hendak Jadi Lembu, Naraka Dunia dan Rusmala Dewi.

Pada tahun 1940 – 1949 pengarang yang terkenal dalam dekad ini ialah M. Enri, Nur Sutan Iskandar, dan Hamka. Pada tahun 1940 M. Enri menghasilkan novel yang bertajuk Karena Anak Kandung. Pengarang yang lain ialah Saadah Alim dengan novelnya yang berjudul Pembalasannya. Nur Sutan Iskandar dengan novelnya yang berjudul Cinta dan Kewajipan karya bersama dengan L. Wirata dihasilkan pada tahun 1941. Keadilan Ilahi karya Hamka dihasilkan pada tahun 1941. Nur Sutan Iskandar menghasilkan Cinta Tanah Air yang dihasilkan pada tahun 1945 dan pada tahun 1946 beliau juga menghasilkan novel yang berjudul Moetiara, Janggir Bali dan Cobaan. Pada tahun yang sama Bagindo Saleh menghasilkan novel yang berjudul Adat Muda Menanggung Rindu. Dalam dekad ini pengarang dari Minangkabau didapati semakin kurang menghasilkan karya mereka. Hal ini disebabkan berlakunya Perang Dunia Kedua di Asia Tenggara sehingga menganggu kepada proses penerbitan novel. Walaubagaimanapun, novel Minangkabau yang dianggap penting dalam dekad ini ialah Karena anak Kandung. Novel-novel yang tidak memfokuskan masyarakat Melayu Minangkabau ialah Cinta dan Kewajipan, Adat Muda Menanggung Rindu dan Janggir Bali, Cinta Tanah Air, Motiera dan Cubaan.

Pada tahun 1950 – 1959 pengarang dari Minangkabau ialah Idrus dan Marah Rusli, Abdul Moeis dan A. A. Navis. Novel yang dihasilkan oleh Idrus berjudul Aki yang diterbitkan pada tahun 1950. Pada tahun yang sama Abdul Moeis dan Hamka menghasilkan novel yang berjudul Surapati dan Menunggu Beduk Berbunyi. Pada tahun 1951 Hamka dan Abdul Moeis menghasilkan novel yang berjudul Kenang-kenangan Hidup dan Hendak Berbakti. Pada tahun 1952 Nur Sutan Iskandar menghasilkan novel dengan judul Ujian Masa. Pada tahun 1953 dan 1956 Marah Rusli menghasilkan novel yang berjudul La Hami dan Anak dan Kemenakan. Abdoel Moeis pula menghasilkan novel yang berjudul Robert Anak Surapati pada tahun 1953. Pada tahun 1957 seorang pengarang baru mula dikenali iaitu A. A. Navis dengan novelnya yang berjudul Pak Kantor yang diterbitkan dalam akhbar ‘Harian Nyata’, Bukittinggi. Dalam dekad ini novel Anak dan Kemenakan dianggap novel Minangkabau yang mempunyai kedudukan yang tinggi. Dalam dekad ini novel yang tidak membicarakan masyarakat Minangkabau ialah Surapati dan Robert Anak Surapati, dan Aki. Pada dekad ini pengarang Minangkabau sudah mula menukarkan pokok permasalahan daripada perbincangan yang berkaitan dengan masyarakat Minangkabau kepada masyarakat Indonesia secara keseluruhan

Kesimpulan

Berdasarkan kepada perkembangan novel di Indonesia, kajian terbaru dari Fatimah Busu membuktikan bahawa novel yang terawal ditulis ialah pada tahun 1910/11 oleh S. Moekhti iaitu Hikayat Siti Mariah dari pengarang Pulau Jawa. Pengarang-pengarang dari Indonesia terutama dari Sumatera Barat telah dapat menghasilkan novel dengan lebih banyak dan lebih berkualiti terutama dengan penglibatan daripada pihak penerbit Balai Pustaka. Penglibatan penulis dari pengarang Sumatera Barat dapat dilihat lebih progresif terutama zaman sebelum Perang Dunia Kedua baik dari segi kuantiti novel, pengarang dan mutu karya. Karya-karya yang dihasilkan bukan sahaja yang berkaitan dengan masyarakat Minangkabau tetapi juga hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat Indonesia secara keseluruhannya. Walaubagaimanapun, selepas Indonesia merdeka bilangan pengarang dari Sumatera Barat didapati semakin berkurangan dan peranan ini diteruskan oleh warga Indonesia yang lain.








JADUAL MENUNJUKKAN PERKEMBANGAN
NOVEL-NOVEL MINANGKABAU


TAHUN
PENGARANG
JUDUL NOVEL
PENERBIT
CATATAN
1920
-
-
-

1922

Marah Rusli

Muhammad Kasim

Nur Sutan Iskandar

Siti Nurbaya

Muda Teruna

Apa Dayaku karena Aku Perempuan

Balai Pustaka

Balai Pusataka

Balai Pustaka

1924

Nur Sutan Iskandar

Swan Pen (nama sebenar: Prada Harahap)

Korban Karena Percintaan
Melati van Agam
Balai Pustaka

Bintang Hindia Weltevredan

1926
Nur Sutan Iskandar dan Abdul Ager

Kejora




Cinta yang Membawa Maut

Karam dalam Gelombang Percintaan
Balai
Pustaka

Balai Pustaka

1927

Adinegoro

Abas Dt. Pamoentjak

Darah Muda,

Pertemuan
Balai Pustaka

Balai Pustaka

1928

Abdul Muis

Adinegoro

Nur Sutan Iskandar

Adinegoro

Tulis Sutan Sati


Zainuddin

Nur Sutan Iskandar

Salah Asuhan

Asmara Jaya

Salah Pilih

Darah Muda

Sengsara Membawa Nikmat

Jeumpa Aceh

Salah Pilih
Balai Pustaka

Balai Pustaka.

Balai Pustaka

Balai Pustaka.

Balai Pustaka


Balai Pustaka

Balai Pustaka

1928
Abdul Muis

Adinegoro

Nur Sutan Iskandar

Adinegoro

Tulis Sutan Sati

Zainuddin

Nur Sutan Iskandar

Salah Asuhan

Asmara Jaya

Salah Pilih

Darah Muda

Sengsara Membawa Nikmat
Jeumpa Aceh

Salah Pilih
Balai Pustaka

Balai Pustaka.

Balai Pustaka.

Balai Pustaka.

Balai Pustaka

Balai Pustaka

Balai Pustaka

1929


Tulis Sutan Sati


Tulis Sutan Sati

S. Takdir Alisjahbana


Sengsara Membawa Nikmat

Tak Disangka

Tak Putus Dirundung Malang

Balai Pustaka


Balai Pustaka

Balai Pustaka

1930

Hamka

Dijemput Mamaknya
Megabook Store (cetakan ketiga)

1932

Tulis Sutan Sati


Abdul Muis

Tulis Sutan Sati


Nur Sutan Iskandar


Memutuskan Pertalian

Pertemuan Jodoh

Tidak Membalas Guna

Karena Mertua
Balai Pustaka


Balai Pustaka

Balai Pustaka


Balai Pustaka






1933
Selasih

Abdul Moeis
Kalau Tak Untung

Pertemuan Jodoh
Balai Pustaka.

Balai Pustaka


1934


1935

Aman Dt. Madjoindo/S.

Hardjosomarto.


Selasih

Aman Dt. Madjoindo

A. Damhuri


Sebabnya Rafi’ah Tersesat

Pengaruh Keadaan

Menebus Dosa

Sampaikan Salamku Kepadanya

Mencari Jodoh

Balai Pustaka


Balai Pustaka

Balai Pustaka

Balai Pustaka


Balai Pustaka

1936
-
-
-

1937
Nur Sutan Iskandar

Selasih

Neraka Dunia

Pengaruh Keadaan
Balai Pustaka

Balai Pustaka

1938
Hamka

Hamka


Hamka
Karena Fitnah

Tenggelamnya Kapal van der Wijck

Di Bawah Lindungan Kabah

Balai Pustaka

Balai Pustaka


Bulan Bintang

1939
Hamka

Hamka

Hamka

Merantau ke Deli

Tuan Direktur

Cinta dari Deli
Balai Pustaka

Balai Pustaka

1940
Hamka

Keadilan Ilahi
Balai Pustaka

1941
-
-
-

1942
-
-
-

1943
-
-
-

1944
-
-
-

1945
-
-
-

1946
-
-
-

1947
-
-
-

1948
-
-
-

1949
-
-
-

1950
Hamka

Menunggu Beduk Berbunyi
Balai Pustaka

1951
-
-
-

1952
Nursiah Dahlan

Arni
Balai Pustaka

1953
-
-
-

1954
-
-
-

1956
Marah Rusli

Anak dan Kemenakan
Balai Pustaka

1957
-
-
-

1958
-
-
-

1959
-
-
-

1960
-
-
-

1961
-
-
-

1962
-
-
-

1963
Nasjah Djamin

Hilanglah Si Anak Hilang
Nusantara, Bukit Tinggi

1964
-
-
-

1965
Idrus

Hati Nurani Manusia,
Pembangunan

1966
-
-
-

1967
A. A. Navis



Dt. B. Jacub

Kemarau



Panggilan, Tanah Kelahiran
Cetakan Pertama NV Nusantara, Bukit Tinggi

Balai Pustaka

1968
-
-
-

1969
-
-
-

1970
-
-
-

1971
-
-
-

1972
-
-
-

1973
-
-
-

1974
Wildan Yatim

Pergolakan
Pustaka Jaya, Jakarta

1975
-
-
-

1976
Idrus

Hati Nurani Manusia
Pustaka Jaya, Jakarta.

1977
-
-
-

1978
-
-
-

1979
Chairul Harun

Ismail Marahimin

Warisan

Dan Perang Pun Usai
Pustaka Jaya, Jakarta. Pustaka Jaya, Jakarta

1980
-
-
-

1981
-
-
-

1982
-
-
-

1983
Darman Moenir

A. A. Navis.

Bako,

Di Lintasan Mendung
Balai Pustaka

Akhbar Harian Sinar Harapan, Jakarta

1984
-
-
-

1985
-
-
-

1986
-
-
-

1987
-
-
-

1988
Darman Moenir,

Budi Darma,

Dendang, ,

Rafilus,
Balai Pustaka.

Balai Pustaka

1989
-
-
-

1990
-
-
-

1991
-
-
-

1992
-
-
-

1993
-
-
-

1994
-
-
-

1995
-
-
-

1996
-
-
-

1997
-
-
-

1998




1999
A. A Navis

A.A Navis

A.A Navis

A. A Navis

Di Lintasan Mendung

Gerhana

Dokter

Juita


2000
Gus TF Sakai,

Tambo (sebuah pertemuan)
Grasindo


2.4.0 Pengarang Minangkabau; Latar Belakang Pengarang

2.4.1 Pengenalan


Perkembangan di sini meliputi soal penghasilan novel yang dihasilkan oleh penulis Minangkabau yakni penulisan dan penerbitannya. Novel berasal dari bahasa Itali ‘novella’ yang bererti ‘sebuah barang baru yang kecil’, dan kemudian diertikan sebagai ‘cerita pendek’ dalam bentuk prosa. Sebelum kemunculan novel, tradisi penulisan sebenarnya telah lama wujud terutama bila wilayah di Nusantara ini telah menerima agama Islam sebagai pegangan akidah mereka. Agama Islam telah membawa huruf Arab menerusi Al-Quran dan melalui huruf Arab ini terus berkembang sebagai huruf Jawi. Semenjak huruf Jawi mula diterima dalam masyarakat Melayu di Nusantara, maka bermulalah tradisi penulisan. Sebelum ini perkembangan kesusasteraan berlaku secara lisan atau lebih dikenali sebagai sastera lisan. Pengenalan alat cetak yang dibawa oleh Barat dalam tahun 1800 menyebabkan tradisi penulisan semakin luas diterima dalam masyarakat Melayu Nusantara. Ini bermakna tradisi penulisan semakin diterima dalam masyarakat.
Roman pula bererti cerita yang ditulis dalam bahasa Roman, iaitu bahasa rakyat Perancis di abad pertengahan. Dalam pengertian moden, roman bererti cerita prosa yang melukiskan pengalaman-pengalaman batin dari beberapa orang yang berhubungan satu dengan yang lain dalam suatu keadaan. Secara umumnya roman ialah cerita rekaan berdasarkan kepada kehidupan yang dialami oleh manusia dan kerana itu mempunyai kemungkinan-kemungkinan untuk berlaku atau terjadi.
Ahli-ahli sejarah sastera Indonesia misalnya A.Teeuw dan Ajip Rosidi lebih cenderung menggunakan kata roman terutama kepada novel-novel yang diterbitkan sebelum perang. Aning Retnaningsih mendefinisikan bahawa novel yang lahir pada peringkat awal pertumbuhan novel di Indonesia dikatakan sebagai roman moden. Roman moden rancangannya sangat luas. Gambaran lahir dari pelaku-pelaku atau watak-watak dengan pengalaman dan keperibadian pengarang sendiri, disertai dengan pengalaman dan keadaan hidup sehari-hari yang bersifat kebetulan dan luar biasa, sampai kepada keperibadian batin yang mempunyai watak yang khas serta dengan dengan keadaan rasa hati dan konflik kejiwaan yang timbul oleh susunan watak itu. Apa yang dipaparkan di dalam moden ialah kehidupan sehari-hari dari manusia yang mendekati kenyatan-kenyatan yang sebenarnya[56]. Mengambil latar belakang dari kejadian-kejadian sekelilingnya yang menarik perhatian pengarang dari satu masa yang tertentu. Sebaliknya cerita dari hikayat dimulai dengan penderitaan-penderitaan terlebih dahulu, kemudian diakhiri dengan pengembaraan pelaku-pelaku yang mengembirakan, sesuai dengan fungsinya iaitu menghibur orang-orang yang sedang menderita. Isi yang terdapat alam hikayat kebanyakannya adalah romantis, berisi bermacam-macam keajaiban, peperangan dan pengembaraan yang tidak berkesudahan dan hidangan yang mewah dan menceritakan tentang kekuatan yang luar biasa pada seseorang watak dan kecantikan puteri-puteri.. Pada tahun 20-an isi yang terdapat dalam roman moden masih terlihat unsur-unsur hikayat sebagaimana yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu lama. Sewaktu istilah ‘roman’ digunakan untuk genre novel zaman awal di Indonesia, genre novel zaman awal hanya digunakan dengan istilah ‘buku cerita’ satu istilah yang dipadankan dari frasa Bahasa Inggeris iaitu ‘story book’ Walaubagaimanapun, di dalam kajian ini roman dianggap sama dengan novel sama ada novel yang ditulis sebelum perang atau selepas perang[57].



2.4.2 Latarbelakang Pengarang Novel Minangkabau

2.4.2.1 Marah Rusli (7 Ogos 1889 - 17 Januari 1968)

Marah Rusli lahir di Padang pada 7 Ogos 1889 dan meninggal di Bandung pada 17 Januari 1968 dan dimakamkan di Bogor. Nama lengkapnya ialah Marah Halim dan Ayahnya bernama Sutan Abu Bakar gelar Sutan Pangeran, seorang bangsawan berasal dari kota Padang. Hobinya ialah olahraga, muzik, melukis, dan sandiwara. Beliau bersekolah di sekolah Melayu (Hoofden School) di Padang dan tamat pada tahun 1904. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Radja (Hoofden School) di Bukit Tinggi dan tamat pada tahun 1910. Selepas bersekolah di Bukit Tinggi, beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Doktor Haiwan di Bogor dan tamat pada tahun 1915. Selepas tamat, beliau bekerja sebagai doktor haiwan sehingga pencen. Beliau juga pernah menjadi mayor Angkatan Laut di Tegal (1945), Lektor Sekolah Tinggi Doktor Haiwan di Klaten (1948). Pada tahun 1915 beliau ditempatkan di Sumbawa Besar (1915), kemudian di Bima (1916 -1917), di Bandung (1918), di Cirebon (1918), dan di Blita (1919), Bogor (1920) dan Batavia (1921), Balihge (1925), dan Semarang (1929 – 1945).[58]
Sebelum beliau pergi ke Bogor, seorang gurunya dari Sekolah Radja yang berbangsa Belanda bernama Hoornsma pernah memujuk ibunya agar Marah Rusli di hantar untuk bersekolah di Belanda dengan biasiswa pemerintah Belanda dalam bidang hulpacte. Walaubagaimanapun, pujukan itu tidak tercapai kerana Marah Rusli anak tunggal bagi ibunya. Sebagai gantinya Tan Malaka telah diambil oleh Hoornsma untuk belajar di Belanda. Beliau berkahwin dalam usia 26 tahun semasa belajar di Bogor. Perkahwinannya ditentang hebat oleh keluarganya. Sewaktu Marah Rusli pulang ke Padang pada tahun 1915 keluarganya telah memaksa untuk mengahwinkan dengan seorang gadis Minang yang tidak pernah dikenalinya[59]. Perkahwinannya dengan gadis Bogor dipercayai mendasari keinginannya menjadi penulis di samping hubungan tegangnya dengan majikan sehingga beliau dipecat selama satu tahun.
Karya beliau yang terkenal ialah Siti Nurbaya (1922), La Hami (1952) dan Anak dan Kemenakan (1956). Ketika beliau meninggal ada sebuah naskah novel yang belum diterbitkan berdasarkan riwayat perkahwinannya sendiri berjudul Memang Jodoh[60]. H.B. Jassin menganggap Marah Rusli sebagai penegak kesusasteraan Indonesia daripada Marco Kartodikromo atau Merari Siregar[61]. Zuber Usman menganggap lahirnya novel Sitti Nurbaya, bermulanya sejarah baru dalam Kesusasteraan Melayu dan kemudiannya menjadi Kesusasteraan Indonesia[62]. A. Teeuw menganggap cerita dalam novel Siti Nurbaya sangat menarik bagi seseorang pembaca yang berfikir dan menilai sesuatu novel mengikut ukuran Barat[63]. Sementara itu, menurut pendapat sarjana dari Perancis, Pierre Labrouse, novel Sitti Nurbaya merupakan salah satu novel Indonesia yang paling banyak mengandungi erti, bila ditempatkan dalam satu perspektif sejarah sosial dan pandangan kelas (vision de classe).[64] Annas Hj. Ahmad pula berpandangan bahawa novel Sitti Nurbaya telah memasuki zaman baru dan merupakan permulaan seni novel moden.[65] Berdasarkan kepada pernyataan di atas menunjukkan bahawa hampir semua kritikus sastera Indonesia menempatkan novel Sitti Nurbaya sebagai karya yang sangat penting dalam sejarah kesusasteraan Indonesia.
Pada tahun 1969, novel Sitti Nurbaya memperoleh hadiah penghargaan dari kerajaan Indonesia sebagai hadiah tahunan yang diberikan setiap tanggal 17 Ogos. Di Malaysia, novel ini terbit dalam edisi bahasa Melayu dan menjadi buku bacaan wajib bagi pelajar yang menambil kesusasteraan Melayu diperingkat Sijil Tinggi Pelajaran (STP) pada tahun 60-an dan 70-an. Di Malaysia, pada tahun 1963, novel Sitti Nurbaya telah dicetak untuk kali yang ke-11 . Pada Tahun 1991, (Televisyen Republik Rakyat Indonesia) TVRI menyiarkan filem yang berjudul ‘Sitti Nurbaya’ dengan watak utamanya ialah Novia Kolopaking (sebagai Sitti Nurbaya) dan Gusti Randa (sebagai Smasulbahri)[66]


2.4.2.2 Abdoel Moeis (1890 – 17 Julai 1959)

Abdoel Moeis di lahirkan di Bukittinggi (Sumatera Barat) pada tahun 1890 dan memperoleh didikan Barat. Beliau tidak tamat pengajiannya dalam bidang kedoktoran. Beliau pernah menjadi wartawan dan pemimpin Serekat Islam. Sebagai pemimpin dalam gerakan politik beliau berusaha dalam gerakan memperolehi autonomi yang lebih besar bagi Hindia (Indies) sepanjang Perang Dunia I, dan sebagai anggota delegasi ‘Comite Indie Weerbaar’ (Panitia Pertahanan Hindia) dan beliau pernah berkunjung ke Jawa. Beliau dilantik menjadi anggota Volksraad (Dewan Perwakilan Rakyat) pada tahun 1920. Oleh kerana, pertentangan yang berlaku dalam sarekat Islam, beliau pernah menjadi pemimpin dalam Serikat Islam Merah, iaitu sebuah serikat Islam yang terpengaruh dengan unsur fahaman komunis[67]. Pada tahun 1923, beliau kembali ke Sumatera Barat dan berhasil memujuk guru-guru Islam untuk mengikuti gerakannya. Haji Datuk Batuah adalah sahabat kepada Abdoel Moeis dan beliau berjaya membawa gerakan komunis melalui sekolah agama Sumatera Thawalib[68]. Setelah peristiwa tahun 1926 – 27 beliau dicurigai oleh pemerintah Belanda dan kebebasannya dibatasi. Beliau pernah mendapat hukuman dari pemerintah jajahan Belanda. Beliau berkahwin dengan gadis Sunda dan hidup di tanah Priangan sehingga meninggal dunia. Sebagai penulis, penterjemah dan wartawan, beliau hidup secara tidak menonjol di Jawa Barat hingga beliau meninggal dunia pada tahun 1959.[69]
Selain novel Salah Asohan, beliau menulis novel Pertemuan Jodoh (1933), Surapati (1950) dan Robert Anak Surapati (1953) Pada tahun 1969, novelnya yang terkenal iaitu Salah Asohan telah mendapat anugerah Hadiah Tahunan Pemerintah, bersama tiga novel lainnya, iaitu Sitti Nurbaya, Belenggu, dan Atheis. Pada tahun 1972, novel ini diadatasikan kepada filem oleh Asrul Sani dengan Dicky Zulkarnain sebagai watak Hanafi. Menurut Liang Liji (1988), Salah Asohan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina, dan merupakan novel terjemahan yang terlaris di China. Menurut Morimura Shigeru (1988), pensyarah dari Universiti of Foreign Studies, Salah Asohan sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun[70].
Menurut Ajip Rosidi, Salah Asohan kesan dari pertemuan kebudayaan Eropah yang masuk ke dalam tubuh anak-anak bangsanya melalui pendidikan sekolah kolonial Belanda[71]. Amal Hamzah dalam bukunya “Buku dan Penulis” menyatakan Salah Asohan sebagai sebuah roman(novel) yang terindah dalam bahasa Indonesia dan beliau telah telah berjaya menunjukkan keasliannya dalam menggunakan bahasa Indonesia dalam proses kreatif.[72] Menurut A. Teeuw, setelah Sitti Nurbaya, novel penting yang membicarakan masalah generasi dari aspek Minangkabau yang tidak boleh diabaikan ialah Salah Asohan (1928). Menurutnya lagi, novel ini menarik kerana berterus-terang membicarakan masalah diskriminasi (keturunan bangsa) dan sosial, akan tetapi perantaraan sastera yang dipergunakan oleh pengarang lebih menarik. Novel ini ditulis dengan cara yang meresap dan tidak sekali-kali merupakan sebuah risalah tentang diskriminasi, sebab gaya bahasa yang digunakan sangat bersahaja. Buku ini membangkitkan kenangan yang menginsafkan tentang tragedi kedua orang muda yang dikutuk oleh undang-undang masyarakat mereka. Fatimah Busu pula berpendapat novel ini adalah sebuah novel tragedi, iaitu satu bentuk yang lazim terdapat di dalam karya-karya terbitan Balai Pustaka.[73] Novel ini juga menjadi novel bacaan wajib bagi pelajar yang mengambil Kesusasteraan Melayu di peringkat sekolah menengah dan universiti.

2.4.2.3 Tulis Sutan Sati (1898 – 1942)

Pengarang ini lahir pada tahun 1898 dan meninggal pada tahun 1942. Pengarang ini kurang diberi penekanan oleh ahli sastera Indonesia. Berdasarkan hal tersebut, sehingga kini data-data yang berkaitan tentang Tulis Sutan Sati tidak dapat diperincikan dengan lebih mendalam terutama yang berkaitan tempat beliau dilahirkan, dan latarbelakang persekolahannya dan pekerjaannya. Walaubagaimanapun, pengarang ini sememangnya dari pengarang Minangkabau berdasarkan namanya tema yang terdapat di dalam karyanya juga menyentuh tentang masyarakat Minangkabau. Novel-novel yang dikarang oleh beliau ialah Sengsara Membawa Nikmat (1928), Memutuskan Pertalian (1932), Tidak Membalas Guna (1932), dan Tak Disangka (1932).
Novel Sengsara Membawa Nikmat dianggap karya yang paling bernilai dari karya Tulis Sutan Sati. Novel ini memperincikan tentang kehidupan masyarakat Minangkabau pada tahun 1920-an. Menurut A. Teeuw, novel ini sangat menarik kerana hidup dan lincahnya si pengarang membawa pembaca ke dalam suasana desa Minangkabau dengan kejadian sehari-hari dan segala reaksi manusiawi[74]. Temanya berpusat kepada perantauan tokoh utamanya, Midun. Gambaran perantauan terasa lebih menampakan realiti seolah-olah peristiwa ini benar-benar terjadi pada zaman semasa novel ini dihasilkan.
Beliau juga pernah menterjemahkan kaba Sabai Nan Aluih (1929) yang ditulis oleh M. Thaib Gelar St Pamuntjak dalam bahasa Minangkabau ke dalam bahasa Indonesia. Novel-novel lain yang ditulis ialah Tak Disangka (1929), Memutuskan Pertalian (1932) dan Tidak Membalas Guna (1932).

3.5.4 Nur Sutan Iskandar ( 3 November 1893 – 28 November 1975)

Nur Sutan Iskandar dilahirkan di Sungai Batang pada 3 November 1893. Novel yang pertama ditulisnya beliau menggunakan nama samaran iaitu Nursinah Iskandar. Selesainya pengajian di Sekolah Rendah, beliau lulus ujian untuk memasuki Sekolah Guru di Bukit Tinggi. Sebelum diangkat sebagai guru, beliau pernah bekerja sebagai Kweekeling (pembantu sekolah). Pada waktu inilah beliau belajar untuk menjadi guru bantu dan tamat pada tahun 1911. Beliau mula bekerja sebagai guru di Muara Beliti, kemudian pindah ke Padang. Sewaktu beliau bekerja sebagai guru, beliau belajar mengarang dengan membantu pihak surat khabar di Padang[75].
Pada tahun 1919 beliau merantau ke Jakarta dan bekerja sebagai korektor di Balai Pustaka. Pada tahun 1921 beliau lulus ujian Klein Ambtenaars Lexamen dan tiga tahun sesudah itu beliau lulus ujian Bureau Cursus di Jakarta. Sewaktu beliau bekerja di Balai Pustaka, beliau pernah menjawat jawatan sebagai ketua Sidang Pengarang. Beliau menghabiskan usianya di Balai Pustaka selama 30 tahun. Selain kegiatannya sendiri sebagai pengarang, beliaulah yang bertanggung jawab sebagai pemeriksa dan editor di Balai Pustaka[76]. Beliau pernah bekerja sebagai pensyarah di Fakultas Sastera Universitas Indonesia. Pada waktu ini juga beliau pernah menyandang sebagai anggota majlis tertinggi di universiti tersebut dan juga ahli bahasa pada Komisi Bahasa Indonesia. Nur Sutan Iskandar dapat dianggap sebagai perintis mengahwinkan anaknya yang perempuan dengan seorang pemuda Jawa. Hal yang dilakukan oleh beliau sangat jarang dilakukan pada zamannya kerana bertentangan dengan adat Minangkabau.
Menurut Zuber Usman, Nur Sutan Iskandar adalah salah seorang wakil zamannya, ‘seorang pengarang yang mengambil kedudukan istimewa dalam golongannya, yakni di antara pengarang-pengarang tua seorang pengarang yang mengambil kedudukan istimewa dalam golongannya’ [77]. A. Teuw pula berpandangan bahawa Nur Sutan Iskandar mempunyai pengaruh yang amat besar dalam membentuk bahasa Melayu tinggi yang menjadi contoh sebeum perang. Bahasa ini didasarkan kepada bahasa kesusasteraan Melayu klasik, tetapi mempunyai pengaruh bahasa Minangkabau yang kuat, baik dalam hal perbendaharaan kata, sintaksis dan morfologi.[78]
Karya-karya beliau yang terpenting ialah Hulubalang Raja, Katak Hendak Jadi Lembu, Salah Pilih, Karena Mertua. Beliau juga menulis cerita saduran misalnya Dewi Rimba, Air Susu Dibalas dengan Air Tuba, Apa Dayaku Aku Perempuan, Abu Nawas, dan Janggir Bali. Beliau juga menterjemahkan karangan dari penulis Barat misalnya ‘Imam dan Pengasihan’ karya Conan Doyle, karya Moiiere L’avare atau ‘Si Bakhil’ , karya Alexander Dumas berjudul ‘Tiga Panglima Perang’ dan lain-lain[79].
Bakat Iskandar dapat dilihat melalui novelnya Salah Pilih dan Karena Mertua. Melalui kedua buah novel ini memperlihatkan daya pengucapan yang sangat mengagumkan, dan kepandaiannya menimbulkan suasana tegang tetapi berkesan, suatu hal yang tidak ada bandingannya di antara hasil karya kesusasteraan sebelum perang. Novelnya Salah Pilih membicarakan persoalan kahwin sesuku yang menjadi kesalahan besar dalam adat Minangkabau sementara novel Karena Mertua mempersoalkan tentang keterlibatan orang tua untuk menguruskan hal-ehwal rumahtangga anaknya sehingga rumahtangga yang dibina menemui kehancuran.

2.4.2.4 Hamka (16 Febuari 1908 – 24 Julai 1981)

Beliau lahir pada 17 Febuari 1908 di Kampung Molek, Meninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Haji Abdul Malik bin Abdul Karim. Ayahnya ialah Syeikh Abdul Karim bin Abdul Karim bin Amrullah atau dikenal sebagai Haji Rasul, seorang pelopor gerakan Islah (tadid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Dasar Meninjau hingga Darjah Dua. Ketika beliau berumur, 10 tahun ayahnya mendirikan Sumatera Thawalib di Padang Panjang. Beliau pernah mengikuti pengajaran agama dan masjid yang diberikan oleh ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjoparanoto dan Ki Bagus Hadikusumo[80].
Hamka lebih banyak belajar sendiri dan melakukan penyelidikan meliputi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah, kesusasteraan, sejarah, sosiologi dan politik sama ada Islam atau Barat. Berdasarkan kemahiran Bahasa Arab, beliau menyelidiki karya ulama dan pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-‘Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Husein Haikal. Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti karya sarjana Perancis, Inggeris dan Jerman seperti Albert Camus, William James, Freud, Toynbee, Jean Sarte, Karl Marx dan Pierre Loti[81].
Kerjaya Hamka bermula sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan dan guru agama di Padang Panjang pada tahun 1929. Beliau dilantik sebagai pensyarah di Universitas Muhamadiyah, Padang Panjang dan di Universitas Islam, Jakarta dari tahun 1957 hingga tahun 1958. Beliau juga dilantik sebagai Rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan professor Universitas Mustapo, Jakarta. Dari tahun 1951 hingga tahun 1960, beliau dilantik sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia, tetapi meletak jawatan apabila Sukarno memberi kata dua sama ada menjadi pegawai kerajaan atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslim Indonesia (Masyumi)[82].
Beliau juga seorang wartawan, editor dan penerbit. Semenjak tahun 1920-an lagi, Hamka menjadi wartawan beberapa buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah. Pada tahun 1928, beliau menjadi editor majalah Kemajuan Masyarakat. Pada tahun 1928, beliau menjadi editor dan menerbitkan majalah al-Mahdi di Makasar. Beliau juga pernah menjadi editor Majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam. Beliau pernah menerima anugerah pada peringkat nasional dan antarabangsa seperti Doktor Honoris Causa, Universiti al-Azhar, 1958, Doktor Honoris Causa, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1974 dan gelaran Datuk Indono dan Pengeran Wiruguno daripada kerajaan Indonesia. Beliau meninggal dunia pada 24 Julai 1981[83].
Dalam bidang penulisan novel, novel-novel yang dihasilkannya termasuklah Dijemput Mamaknya (1930) Di Bawah Lindungan Kaabah (1938), Karena Fitnah (1938), Merantau ke Deli (1938), Tuan Direktur (1939), Tenggelamnya Kapal Van der Wijck (1939), Kenang-kenangan Hidup (1951) dan Lembah Nikmat (1959). Novelnya Tenggelamnya Kapal Van der Wijck pernah dikatakan telah diplagiat dari karangan pengarang Perancis Al Phonse Karr yang pernah disadur ke dalam bahasa Arab oleh Mustafa Luthfi Al-Manfaluthi (1876 – 1924) yang dalam bahasa Perancisnya berjudul Sous les Tilleuls (Di bawah Naungan Pohon Tila, 1932) dan bahasa Arab berjudul Madjulin. Novel ini diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia oleh A.S. Alatas yang berjudul Magdalena (1963)[84]. Bagaimanapun kritikus sastera Indonesia, A. Teeuw menolak dakwaan tersebut isi dan latar belakang novel yang bersifat Indonesia seluruhnya[85]. Beliau juga pernah menulis cerpen dengan judul Di dalam Lembah Kehidupan. Beliau juga menulis riwayat hidupnya sendiri dengan judul “Kenang-, kenangan Hidup’ (1952) manakala karya ilmiahnya berjudul Islam dan Adat Minangkabau (1984).

2.4.2.5 Sariamin(31 Julai 1909 - )

Banyak buku-buku sastera Indonesia meletakan namanya Selasih. Nama sebenar Selasih ialah Sariamin Ismail. Beliau dilahirkan pada bulan 31 Julai 1909 di Kota Pajang, Sinurut, (Talu, Lubuk Sikaping) Sumatera Barat. Nama samaran yang lain pernah digunakan oleh Sariamin ialah Seleguri, Bunda Kandung, Ibu Sedjati, Serigunting, Kak Karinah, Serigunung, Mande Rubiah dan Seritandjung. Beliau berpendidikan Sekolah Normal Putri Padangpanjang. Selesai persekolahan beliau bekerja sebagai seorang guru lepasan Sekolah Guru Putri di Padang Panjang[86]. Sewaktu beliau mengajar, beliau berusaha menulis untuk menambahkan pendapatannya yang kecil sebagai guru sekolah.[87]
Beliau menulis dalam waktu yang agak muda iaitu dalam usia 16 tahun. Beliau menulis dalam majalah Panji Pustaka dan Pujangga Baru. Sebelum itu, pada usianya 10 tahun beliau sudah pandai bersyair dan menulis dalam bentuk puisi. Berdasarkan sajaknya yang terdapat dalam Majalah Panji Pustaka yang berjudul ‘Ratap Ibu’ terdapatnya unsur-unsur peralihan dari puisi tradisional kepada puisi moden[88]. Menurut H.B Jasin bentuk dan isi-isi sajak masih amat tradisional dan kekuatannya terletak kepada prosa[89]. Beliau dikenali melalui dua buah novel yang sangat terkenal iaitu Kalau Tak Untung (1933) dan Pengaruh Keadaan (1937). Kedua-dua novel ini meletakkan beliau sebagai pengarang novel wanita Minangkabau yang pertama di Indonesia. Novel-novel ini juga telah dicetak buat beberapa kali iaitu Kalau Tak Untung pada tahun 1933 sebanyak 2000 naskah, cetakan kedua pada tahun 1938 sebanyak 1500 naskah, cetakan ketiga pada tahun 1949 sebanyak 4000 naskah, cetakan keempat pada tahun 1953 sebanyak 4000 naskah, cetakan kelima pada tahun 1956 sebanyak 5000 naskah keenam sebanyak 10,000 naskah dan cetakan ketujuh sebanyak 15 000 naskah. Novel Pengaruh Keadaan, cetakan ketiga pada tahun 1957 sebanyak 5000 naskah dan cetakan keempat pada tahun 1961 sebanyak 10 000 naskah[90]. Novelnya yang terakhir terbit pada tahun 1986 yang berjudul Kembali ke Pangkuan Ayah[91]. Jakob Sumardjo yang mengutip pernyataan Aman Datuk Madjoindo meletakan Sariamin sebagai pujangga Wanita Indonesia yang pertama[92].

2.4.2.6 Adinegoro (1904 – 1966)

Nama aslinya ialah Djamaluddin dan dilahirkan pada tahun 1904. Pada mulanya Adinegoro masuk sekolah dokter di Stovia, namun demikian ia lebih tertarik kepada soal karang-mengarang. Waktu beliau masih bersekolah. Beliau telah dapat menyara kehidupannya berdasarkan hasil tulisannya. Beliau pernah menyusun Kamus Praktis Bahasa Indonesia. Kisah kunjunganya ke Eropah, Melawat ke Barat (1930) sangat popular pada masa itu. Novelnya yan terkenal ialah Darah Muda dan Asmara Jaya[93]. Kedua-dua novel berkisar tentang masalah memilih jodoh terutama jodoh yang bukan dari sukunya sendiri.

2.5 Kesimpulan

Berdasarkan kepada latar belakang pengarang Minangkabau sebagaimana yang dibincangkan di atas dapatlah dijelaskan bahawa pengarang lelaki Minangkabau lebih dominan mengusai dunia penulisan sebelum perang. Dari segi latarbelakang pekerjaan pula mereka terdiri daripada pelbagai bidang pekerjaan terutamanya sebagai pekerja di Balai Pustaka, wartawan, dan guru akademik. Walau bagaimanapun pada waktu ini belum ada lagi pengarang yang menjadikan bidang penulisan novel sebagai pekerjaan utama mereka. Mereka menjadikan bidang bidang penulisan sebagai kegiataan sampingan. Dalam bidang pendidikan pengarang mereka terdiri daripada pelbagai peringkat terutamanya lepasan dari sekolah menengah dan juga dari sekolah guru. Kebanyakan mereka menghasilkan novel di luar dari Minangkabau terutamanya di Jakarta dan Medan. Mereka mula menghasilkan novel pada usia yang masih muda iaitu 17 – 30 tahun. Novel-novel yang diterbitkan terutamanya dari Balai Pustaka dan sedikit daripada penerbit swasta terutamanya novel-novel bersiri yang diterbitkan melalui surat khabar. Pengarang-pengarang ini lebih memfokuskan pembicaraan mereka yang berkaitan dengan masalah semasa dalam masyarakat Minangkabau pada waktu itu terutamanya berkaitan dengan isu adat. Namun demikian, ada juga dalam kalangan pengarang yang menghasilkan novel mereka yang menyangkut dengan isu luar Minangkabau terutama aspek yang berkaitan dengan masyarakat Indonesia secara keseluruhannya dan juga isu-isu universal. Pembaca-pembaca novel bukan sahaja dari masyarakat Minangkabau tetapi novel yang dihasilkan juga dibaca oleh masyarakat Indonesia dan kawasan rantau Melayu pada umumnya terutamanya di Tanah Melayu/ Malaysia. Di Malaysia misalnya beberapa buah novel ini dijadikan buku teks di sekolah menengah dan bacaan wajib di universiti bagi pelajar yang mengambil jurusan dari sains sosial. Novel-novel yang dihasilkan ini mendapat sambutan dari masyarakat sama ada dari dalam maupun luar negara sehingga telah beberapa kali di ulang cetak dan juga diterjemahkan ke bahasa lain. Karya-karya mereka sehingga kini terus dibicarakan oleh sarjana dalam pelbagai bidang ilmu sama ada sarjana dari dalam dan juga luar negara.
[1] http://en.wikipedia.org/wiki/West_Sumatra#Geography. Diakses 28. Desember 2006
[2] Proyek Penelitian dan Pencatatan Kebudayaan Daerah, 1977, Sejarah Daerah Sumatera Barat, Pemerintah Daerah Sumatera Barat, Padang, hlm. 1.
[3] http://en.wikipedia.org/wiki/West_Sumatra#Geography. Diakses pada 16 Desember 2006.
[4] Luhak itu sendiri strukturnya amorfik, dan tidak pernah merupakan unit politik dalam pengertian tradisional. Ia hanya mempunyai erti dalam makna keturunan bahawa masing-masing secara mitologi berasal dari moyang yang sama. Lihat Mochtar Naim, Merantau: Pola Migrasi Suku Minangkabau, Gajah Mada, Yogyakarta.
[5] Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, 1995, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 1363.
[6] Tsuyoshi Kato (terj. Azizah Kasim), 1989, Nasab Ibu dan Merantau: Tradisi Minangkabau yang Berterusan di Indonesia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm.20.
[7] Syamsir Alam, 1995, Budaya Alam Minangkabau; Minangkabau Ranah Nan Den Cinto, Usaha Ikhlas, Bukit Tinggi, hlm. 13 – 17.
[8] Mochtar Naim, 1984, Merantau; Pola Migrasi Suku Bangsa Minangkabau, Yogyakarta, Gajah Mada University Press, hlm. 16. Lihat dalam http://minang.wikia.com/wiki/Halaman_Utama. Diakses pada 22 Desember 2006.
[9] Lihat A. A Navis, 1984, Alam Terkembang Jadi Guru; Adat dan Kebudayaan Minangkabau, Grafiti, Jakarta, hlm. 1.
[10] Lihat M. Nasroen, 1957, Dasar Falsafah Adat Minangkabau, Bulan Bintang, Jakarta, hlm. 19.
[11] Edwar Djamaris, 1990, Menggali Khazanah Sastra Melayu Klasik, Balai Pustaka, Jakarta, hlm. 106.
[12] M. Rasjid Manggis Dt. Radjo Panghoeloe, 1982, Minangkabau; Sejarah Ringkas dan Adatnya, Mutiara, Jakarta, hlm. 95.
[13] Kajian ini dilakukan berdasarkan tahun semasa.
[14]. Lihat juga Proyek Penelitian dan Pencatatan Kebudayaan Daerah, 1977, Sejarah Daerah Sumatera Barat, Pemerintah Daerah Sumatera Barat, Padang, hlm. 6. Nagari adalah suatu persekutuan undang-undang pemerintahan dan merupakan pokok pangkal tata susunan pemerintahan alam Minangkabau seluruhnya. Organisasi masyarakat Minangkabau terdiri dari rumah, paruik, suku, nagari dan akhirnya Alam Minangkabau yang merupakan struktur pemerintahan dari nagar-nagari dan terdiri dari Luhak Nan Tiga iaitu Tanah Datar, Agam dan 50 Kota.
[15] Sekarang arca ini disimpan di Muzium Nasional Jakarta. Keterangan lebih lanjut berkaitan prasasti ini lihat Dt. B. Nurdin Yakub, 1987, Sejarah Minangkabau Tanah Pusaka, Pustaka Indonesia, Bukittinggi,. hlm. 27 -33..
[16] Lihat M. Nasroen, 1957, Dasar Falsafah Adat Minangkabau, Bulan Bintang, Jakarta, hlm. 18.
[17] Raja Mohd. Affandi, 1982, Tokoh-tokoh Melayu yang Agung dalam Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka; Kuala Lumpur. Hlm. 29. Kerajaan Singosari merupakan kerajaan yang terkuat di Kepuluan Melayu ketika itu. Pada 1254 Karatanagara dinobatkan sebagai Raja muda oleh ayahnya Wisynuwarddhana dan mereka memerintah bersama. Selepas ayahnya, meninggal pada tahun 1268, barulah Kartanegara menjadi pemerintah. Riwayat Kertanagara terdapat dalam buku Nagarakertagama karangan Prapanca..
[18] Ayah Adityawarman bernama Adwayawarman berdasarkan kepada catatan pada Prasasti Kubo Rajo di Lima Kaum Batusangkar. Lihat Ensiklopedi Minangkabau A. A Navis, ‘Ensiklopedi Minang: Aditiawarman dan Silat”, Singgalang, 27 Ogos 1995. Lihat http://www.answers.com/topic/adityawarman. Diakses pada pada 22 Desember 2006.
[19] Muhammad Yusoff Hashim, 1989, Kesultanan Melayu Melaka, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 346.
[20] Lihat juga Proyek Penelitian dan Pencatatan Kebudayaan Daerah, 1977, Sejarah Daerah Sumatera Barat, Pemerintah Daerah Sumatera Barat; Padang. Hlm.24.
[21] A. A Navis, ‘Ensiklopedi Minang: Minangkabau”, Singgalang, 9 Julai 1995. lihat http://www.answers.com/topic/adityawarman.Diakses pada 22 Desember 2006.
[22] Lihat M. Nasroen, 1957, Dasar Falsafah Adat Minangkabau, Bulan Bintang, Jakarta, hlm. 19. Lihat juga Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, 1995, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,hlm.1329.Lihat http://www.sumbarprov.go.id/home/detail.asp?iData=511&iCat=480&iChannel=32&nChannel=Artikel. Diakses pada 22 Desember 2006.
[23] H. Sidi Ibrahim Boechari,1981, Pengaruh Timbal Balik antara Pendidikan Islam dan Pergerakan Nasional di Minangkabau, Gunung Tiga, Jakarta, hlm. 61.
[24] Intizham Jamil. 1983, Pertentangan antara Kaum Adat dan Kaum Paderi di Minangkabau, Fakultas Sastra dan Kebudayaan, latihan Ilmiah, Universitas Gajah Mada, Yogyakarta, hlm. 75 – 112. Lihat juga Taufik Abdullah, Schools and Politics: The Kaum Muda Movement in West Sumatra (1927 – 1933), Cornell Modern Indonesia Project, Southeast Asia Program, Cornell University, New York, hlm 5.
[25] Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, 1995, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 1113.
[26] Lihat juga Proyek Penelitian dan Pencatatan Kebudayaan Daerah, 1977, Sejarah Daerah Sumatera Barat, Pemerintah Daerah Sumatera Barat, Padang. hlm. 70.
[27] Lihat Elizabeth E. Gravers, 1984, The Minangkabau Response: To Dutch Colonial Rule in the Nineteenth Century, Cornell Modern Indonesia Project, Southeast Asia Program, Cornell University, New York, hlm. 48.
[28] Rusli Amran, 1985, Sumatra Barat: Plakat Panjang, Sinar Harapan, Jakarta, hlm. 122 -139. Lihat http://id.wikipedia.org/wiki/Perang_Belasting. Diakses pada 15 Desember 2006.
[29] Sejarah Daerah Sumatera Barat, 1977, Proyek Penelitian dan Pencatatan Kebudayaan Daerah; Pemerintah Daerah Sumatera Barat, Padang. hlm. 82. Lihat http://id.wikipedia.org/wiki/Siti_Manggopoh. Search pada 13 Desember 2006.
[30] Lihat juga Taufik Abdullah, 1971 Schools and Politics: The Kaum Muda Movement in West Sumatra (1927 – 1933), Cornell Modern Indonesia Project, Southeast Asia Program, Cornell University, New York, hlm. 12.
[31] http://www.gimonca.com/sejarah/sejarah07.shtml. Diakses pada 03 Desember 2006.
[32] http://links.jstor.org/sici?sici=0002-7294(196110)2%3A63%3A5%3C1145%3ARDAMKA%3E2.0.CO%3B2-B. Diakses pada 5 Desember 2006.
[33] Teeuw, hlm 79. Lihat juga Boris Parnickel, 1995, Perkembangan Nusantara Serumpun: Abad ke-7 – ke-19, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 105.
[34] Ajip Rosidi, hlm. 54.
[35] Adriyetti Amir, 1987, Sengsara Membawa Nikmat dan Kaba Sutan Lembak Tuah: Pembicaraan Resepsi sastra dan Hubungan Intertekstua”. Tesis S2 Fakultas Pasca Sarjana, Universitas Gajah Mada. Tidak diterbitkan. Tentang Kaba secara mendalam lihat Umar Junus, 1984, Kaba dan Sistem Sosial Minangkabau: Suatu Problema Sosiologi Sastra, Balai Pustaka: Jakarta. Lihat juga ‘Kaba’ dalam Dewan Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mei 1991.
[36] A. Teeuw , The Impact of Balai Pustaka on Modern Indonesian Literature , Bulletin of the School of Oriental and African Studies, University of London, Vol. 35, No. 1,1972, hlm. 111-127 dalam http://links.jstor.org/sici?sici=0041-977X%281972%2935%3A1%3C111%3ATIOBPO%3E2.0.CO%3B2-6&size=LARGE. Diakses pada 27 Oktober 2006. Lihat juga dalam Minangkabau\indahnesia_com - Sumatera - From treebook to tape - Discover Indonesia Online.htm. In the 1920's the Balai Pustaka (a Dutch colonial governmental printer) started to print books in Malay; the first ones were from Minangkabau writers. Many books concentrated on the cultural collision between the refreshing Western education and the prearranged marriages of the traditional Minangkabau community. Diakses pada 27 Desember 2006.
[37] Zuber Usman, 1983, Kesusasteraan baru Indonesia, Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur, hlm, 57. Lihat juga Ajip Rosidi, 1991, Ikhtisar Sejarah Sastra Indonesia, Binacipta, Jakarta, hlm. 54.
[38]Muhammad Yamin lahir pada 23 Ogos 1903 di Talawi, dekat Sawahlunto, Sumatera Barat. Anak Usman Bagind Khatib kepala laras dan pakhuis-meester di Talawi, ibunya bernama Saadah dari Benghulu.Selepas tamat sekolah Melayu, beliau memasuki HIS dan kemudian melanjutkan ke sekolah guru di Bukittinggi. Pernah mengikuti Sekolah Pertanian dan Penternakan di Bogor (1923), tetapi tidak selesai. Pada tahun 1927 bersekolah di AMS Yogyakarta. Beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Hakim Tinggi di Jakarta hingga selesai pada tahun 1932 dengan gelar Meester in de Rechten (Sarjana Hukum). Meninggal dunia pada 17 Oktober 1962 di Jakarta dan dikebumikan di Talawi. Maman S. Mahayana, ) Ogos 1997 “Dia Penyair, Pencetus Bahasa Persatuan dan Menteri P&K, Dia Pahlawan Nasional” dalam Kakilangit, Sisipan Majalah Sastra’ dalam Horison, hlm. 11.
[39] Maman S. Mahayana, Ogos 1997, “Dia Penyair, Pencetus Bahasa Persatuan dan Menteri P&K, Dia Pahlawan Nasional” dalam Kakilangit, Sisipan Majalah Sastra Horison, hlm. 12.
[40] Syamsuddin Udin, 1987, ‘Peranan Masyarakat Minangkabau dalam Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu (Riau) Menuju Bahasa Nasional Indonesia’ dalam Tradisi Johor-Riau: Kertas Kerja Hari Sastera 1983, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm.15 – 40.
[41] Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, 1995, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jakarta, hlm. 1112
[42] Lukman Ali, 1994, Unsur Adat Minangkabau dalam Sastra Indonesia, Balai Pustaka: Jakarta, Hlm. 135.
[43] Ali Akhbar Navis, 1987, “Pengaruh Minangkabau dalam Sastera Indonesia” dalam Diskusi Budaya, Pekan Budaya V Sumatera Barat, Padang, hlm. 7. Tidak diterbitkan.
[44] Syamsuddin Udin, 1987, ‘Peranan Masyarakat Minangkabau dalam Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu (Riau) Menuju Bahasa Nasional Indonesia’ dalam Tradisi Johor-Riau: Kertas Kerja Hari Sastera 1983, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. hlm.15 – 40..
[45] Ibid, hlm. 31.
[46] Sejarah Daerah Sumatera Barat, 1977, Proyek Penelitian dan Pencatatan Kebudayaan Daerah, Pemerintah Daerah Sumatera Barat, Padang, hlm, 90.
[47] At the beginning of the 20th century the modern Malay literature got contaminated with western influences. Medan became the centre of appearing books about almost everything. Stories which showed much similarity with Jules Verne and Arthur Conan Doyle. Minangkabau\indahnesia_com - Sumatera - From treebook to tape - Discover Indonesia Online.htm. Search pada 28. Desember 2006.
[48] A. Teeuw, Sastera Baru Indonesia, Nusa Indah, Jakarta, hlm. 104
[49] Sutan Takdir Alisjahbana, 1972, Pengalaman Sekitar Menulis Karangan Sastera dalam Proses Kreatif, Pamusuk Eneste (pny) 1983, Gramedia, Jakarta, hlm. 109.
[50] Hashim Awang, Mei 1996, “Kesusasteraan Melayu: Tradisional atau Moden?’ dalam Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 63 – 66.
[51] Aning Retnaningsih, 1983, Roman dalam Masa Pertumbuhan Kesusasteraan Indonesia Moden, Erlangga, Jakarta, hlm. 28.
[52] Lihat Fatimah Busu, 1994, Persamaan dan Perbezaan dalam Perkembangan Novel-novel Melayu dan Indonesia, Tesis Ph.D Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, hlm. 83. lihat juga Pramoedya Ananta Toer, 1985, Sang Pamula, Hasta Mitra, Jakarta, hlm. 301-353.
[53] Umar Junus, Perkembangan Novel Minangkabau, 1974, hlm. 5.
[54] Ajip Rosidi, hlm.35 – 37. Lihat juga Umar Junus 1984, “Unsur Luar dalam Novel Indonesia” dalam Sastera Melayu Moden: Fakta dan Interpretasi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 259
[55] Ajip Rosidi, 1991, hlm. 51.
[56] Aning Retnaningsih, 1983, Roman dalam Masa Pertumbuhan Kesusasteraan Indonesia Moden, Erlangga, Jakarta, hlm. 28.
[57] Burhan Nurgiyantoro, 1995, Teori Pengkajian Fiksi, Gajah Mada University Press; Yogyakarta, hlm. 9 – 15.
[58] Marcel Bonneff, 1993, Citra Masyarakat Indonesia, Sinar Harapan, Jakarta, hlm. 138.
[59] Zuber Usman, 1983, Kesusasteraan Baru Indonesia, Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur, hlm. 25 – 29.
[60] Ajib Rosidi, 1986, Ikhtisar Sejarah Sastra Indonesia, Binacipta, Jakarta, hlm. 24. Lihat juga Ensiklopedia Indonesia, Jilid 5 P-SHF, Ikhtiar Baru – Van Hoeve, Jakarta, 1984. Seterusnya, Lihat Haluan No. 252, Tahun Ke XLII, 9 Sept 1991, hlm. XI
[61] Marcel Bonneff, 1993, Citra Masyarakat Indonesia, Sinar Harapan, Jakarta, hlm. 135.
[62] Zuber Usman, 1983, Kesusasteraan Baru Indonesia, Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur hlm. 26
[63] A. Teeuw, 1980, Sastera Baru Indonesia; Jilid I, Nusa Indah, Jakarta, hlm. 87..
[64] Marcel Bonneff, 1993, Citra Masyarakat Indonesia, Sinar Harapan, Jakarta, hlm. 138. Konsep pandangan kelas (vision de classe) bererti bahawa seseorang pengarang sering, secara tidak sedar, hanya mengemukakan pandangan lingkungan atau golongannya. Perbezaan antara pandangan kelas dan pandangan dunia seorang seniman sering dikacaukan.
[65] Annas Hj. Ahmad, 1975, Sastera Melayu: Lama dan Baru, Sinaran Bros, Pulau Pinang, hlm. 51.
[66] Maman S. Mahayana dkk, 1992, Ringkasan dan Ulasan Novel Indonesia Modern, Gramedia, Jakarta, hlm. 6
[67] A. Teeuw, 1980, Sastera Baru Indonesia; Jilid I, Nusa Indah, Jakarta, hlm. 94..
[68] Sejarah Daerah Sumatera Barat, 1977, Pemerintah Daerah Sumatera Barat, Padang. Hlm. 84.
[69] Ajib Rosidi, 1986, Ikhtisar Sejarah Sastra Indonesia, Binacipta, Jakarta, hlm. 26.
[70] Lihat Maman S. Mahayana dkk, 1992, Ringkasan dan Ulasan Novel Indonesia Modern, Gramedia, Jakarta, hlm. 15. Lihat juga ‘Budayawan Rang Minang Harus Memarahi Datuak Maringgih?’ dalam Singgalang, 6 Oktober 1991.
[71] Ajib Rosidi, 1986, Ikhtisar Sejarah Sastra Indonesia, Binacipta, ,Jakarta, hlm. 25.
[72] Ibid. 1986, hlm. 51.
[73] Fatimah Busu, 1994, Persamaan dan Perbezaan di Dalam Perkembangan Novel-novel Melayu dan Indonesia, Tesis PhD USM, Pulau Pinang, hlm. 108..
[74] A. Teeuw, 1980, Sastera Baru Indonesia; Jilid I, Nusa Indah, Jakarta, hlm. 90.
[75] Zuber Usman, 1983, Kesusasteraan Baru Indonesia, Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur, hlm. 41. Lihat juga A. Teeuw, 1980, Sastera Baru Indonesia; Jilid I, Nusa Indah, Jakarta, hlm. 88.
[76] Zuber Usman, 1983, hlm. 41.
[77] Ibid, 1983, hlm. 42.
[78] A. Teeuw, 1980, Sastera Baru Indonesia; Jilid I, Nusa Indah, Jakarta, hlm. 88.
[79] Zuber Usman, 1983, Kesusasteraan Baru Indonesia, Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur, hlm. 41 - 42. A. Teeuw, 1980, Sastera Baru Indonesia; Jilid I, Nusa Indah, Jakarta,.hlm. 102.
[80] Ajib Rosidi, 1986, Ikhtisar Sejarah Sastra Indonesia, Binacipta, Jakarta, hlm. 61
[81] 1995, Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 842.
[82] A. Teeuw, 1980, Sastera Baru Indonesia; Jilid I, Nusa Indah, Jakarta, hlm.104.
[83] Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. hlm. 842..
[84] Lihat Hasanuddin, 1995, Novel Tenggelamnya Kapal Van der Wijck dan Magdalena: Sebuah Analisis Intertektualitas, Laporan Penelitian Dana Spp/Dpp Unand 1994/1995, Universitas Andalas, Padang,. hlm.1- 2. Lihat juga A. Teeuw, 1980, Sastera Baru Indonesia; Jilid I, Nusa Indah, Jakarta. hlm.104..
[85] A. Teeuw, 1980, Sastera Baru Indonesia; Jilid I, Nusa Indah, Jakarta, hlm.106.
[86] Th. Sri Rahaju Prihatmi, 1977, Pengarang-pengarang Wanita Indonesia: Seulas Pembicaraan, Pustaka Jaya, Jakarta, hlm. 21. Lihat juga H.B. Jassin, 1983, Pengarang Indonesia dan Dunianya: Kumpulan Karangan, Gramedia, Jakarta, hlm. 63.
[87] A. Teeuw, 1980, Sastera Baru Indonesia; Jilid I, Nusa Indah, Jakarta, hlm. 102.
[88]Zuber Usman, 1983, Kesusasteraan Baru Indonesia, Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur, hlm. 84 - 86
[89] Lihat juga H.B. Jassin, 1983, Pengarang Indonesia dan Dunianya: Kumpulan Karangan, Gramedia, Jakarta, hlm. 63.
[90] Ibid, hlm. 63.
[91] Lihat Maman S. Mahayana dkk, 1992, Ringkasan dan Ulasan Novel Indonesia Modern, Gramedi, :Jakarta, hlm. 36.
[92] Jakob Sumardjo, 1981, Segi Sosiologis Novel Indonesia, Pustaka Priman, Jakarta, hlm. 36.
[93] Zuber Usman, 1983, Kesusasteraan Baru Indonesia, Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur, hlm. 84 – 86. Lihat juga A. Teeuw, 1980, Sastera Baru Indonesia; Jilid I, Nusa Indah, Jakarta ,hlm. 92.

Wednesday, February 28, 2007

Renungan Untuk Sahabat

Dengarlah Kata Hatiku seorang bernama
KANAK-KANAK TENTANG MERDEKA Adakah pernah terlintas dalam benakmu untuk membuat sebuah percakapan dengan anak-anak, tentang apa yang mereka inginkan; membuat perahu dari sebilah bambu untuk kemudian dilayarkan ke laut lepas atau merangkai sebuah layang-layang dari kertas untuk kemudian diterbangkan ke langit luas? Karena anak-anak bukan sekedar milik sang ibu, bukan pula sekedar milik sang ayah, mereka terlebih adalah milik diri mereka sendiri. Gemerlap cahaya berwarna-warni yang memenuhi taman di hati kita yang melambungkan harapan di benak kita. Karena bagi mereka hanya ada satu keceriaan yang tak lain adalah surga, gemericik mata air yang tiada henti menguyurkan kesegaran, kepolosan salju yang putih metah memenuhi lanskap di dalam penglihatan kita. Mereka adalah detak yang berpacu di dalam jantung, deru di dada kita karena mereka adalah anak panah yang terentang kencang di dalam busur sang waktu. Adakah pernah terpikir dalam benakmu untuk memahami dunia mereka, bukan apa yang menjadi kehendakmu melainkan apa yang mereka inginkan. Tak henti merengkuh bayang-bayang mengejar layang-layang tak henti menghela waktu memburu laju perahu Bahwa permainan layang-layang bukan sekedar mengulur kegembiraan melainkan juga harapan, bahwa mengayuh laju perahu bukan sekedar melayarkan canda tawa melainkan juga menera angan untuk meraih cita-cita. Dan di dalam perih liku-liku segenap perjalanan itu jiwa kita melebur dengan segala keluh-kesahnya mengukir langit melukis cakrawala menjelma cita melabuhkan harapan dalam semesta cinta di hati kanak-kanak.

Sunday, February 25, 2007

Seminar proposal

NOVEL-NOVEL MINANGKABAU SEBELUM PERANG:
SUATU KAJIAN IMEJ LELAKI


SARJI BIN KASIM



USUL PENYELIDIKAN YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH DOKTOR FALSAFAH







FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI

2006

USUL PENYELIDIKAN
NOVEL-NOVEL MINANGKABAU SEBELUM PERANG:
SUATU KAJIAN IMEJ LELAKI
1.0 Pendahuluan 03
2.0 Persoalan Kajian 12
3.0 Tujuan Kajian 19
4.0 Kepentingan Kajian 21
5.0 Pendekatan Kajian 23
6.0 Kajian Lepas 36
7.0 Skop Kajian 46
8.0 Metodologi Kajian dan Kaedah Kajian 54
9.0 Organisasi Kajian 55










NOVEL-NOVEL MINANGKABAU SEBELUM PERANG;
SUATU KAJIAN IMEJ LELAKI

1.0 Pendahuluan
Lahirnya pengarang Minangkabau sebelum perang telah banyak memberi sumbangan dalam perkembangan sastera Indonesia dan semangat nasionalisme di kalangan rakyat Indonesia. Contohnya peranan Muhammad Yamin dalam mengangkat bahasa Melayu menjadi bahasa Indonesia.[1] Hampir semua buku sejarah yang membicarakan peristiwa Sumpah Pemuda, 28 Oktober 1928 mengaitkan beliau sebagai pencetus gagasan yang merumuskan butiran Sumpah Pemuda: “Bertanah Air: “Berbangsa” dan “Menjunjung Bahasa Persatuan” Indonesia. Kumpulan puisi awalnya Tanah Air (1922) dan Indonesia Tumpah Darahku (1928) memperlihatkan bahawa beliau tidak pernah melupakan Minangkabau atau Sumatera. Namun, ia juga hidup sebagai warga Indonesia. Oleh kerana itu kepentingan bangsa menjadi yang utama baginya. Beliau juga telah membuktikannya dengan mengangkat bahasa Melayu menjadi bahasa Indonesia ternyata kemudian menjadi alat untuk mempersatukan keanekaragaman bangsa Indonesia.[2] Kesan lahirnya bahasa Melayu sebagai bahasa Indonesia telah merangsang pengarang-pengarang Minangkabau yang sudah mahir menggunakan bahasa Melayu mereka dalam bidang penulisan mereka sama ada dalam bidang puisi atau prosa.
Penyair sezaman dengan Yamin yang juga sedar akan tugasnya untuk berjuang untuk kemerdekaan bangsanya ialah Roestam Effendi. Roestam bukan sahaja menulis puisi tetapi beliau bergerak di bidang politik sama sebagaimana yang dilakukan oleh Muhammad Yamin.[3] Roestam Effendi tergolong sebagai perintis jalan menuju sastera moden Indonesia. Melalui puisi-puisinya beliau memasukkan bahasa daerah Minangkabau, sehingga agak sulit untuk memahami sajak-sajaknya. Beliau melakukannya kerana bahasa daerah lebih dekat kepada seseorang terutama dalam pengertian yang belum ada atau belum diketahuinya dalam bahasa Indonesia. Selain bahasa daerah yang lebih dekat kepada sesorang, secara tidak langsung juga dapat memperkaya perkembangan bahasa Indonesia.[4]
Demikian juga dengan nama Asrul Sani dianggap sebagai pelopor kepada penulisan cerpen di Indonesia. Karya yang dihasilkan oleh Asrul Sani sangat penting kerana beliau tidak berkisah tentang perjalanan hidup anak manusia sebagaimana yang dilakukan pengarang Indonesia lain sebaliknya beliau dikatakan sebagai pemikir, sedangkan pengarang lain sebagai pencerita. Karya beliau dapat dilihat dalam kumpulan cerpen Dari Suatu Masa, Dari suatu Tempat serta beberapa cerpen lain yang dimuat dalam majalah Kisah[5]
Berdasarkan pernyataan ini menunjukkan bahawa pengarang Minangkabau bukan
sahaja mampu membicarakan pemikiran mereka melalui tulisan mereka tetapi mereka juga turut terlibat dalam proses pembinaan bangsa dan negara Indonesia. Dengan adanya karya sastera yang diterbitkan Balai Pustaka, hubungan tambah terjalin antara pengarang dengan masyarakat; dapat membantu perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Di samping itu masyarakat mendapat hiburan ringan dan murah melalui bahan bacaan yang berunsur sastera dan boleh membangkitkan semangat membaca kepada masyarakat. Dengan adanya semangat membaca dalam masyarakat tentunya akan memotivasi pengarang untuk menghasilkan karya mereka.
Pada tahun 1920 – 1941 pengarang Minangkabau lebih terserlah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang penulisan novel dan menghasilkan pengarang paling ramai di Indonesia pada waktu itu.
Pengarang novel Minangkabau yang terpenting dalam angkatan Balai Pustaka ialah Marah Rusli, Abdul Muis, Nur Sutan Iskandar, M. Kasim, Tulis Sutan Sati, A. St. Pamuntjak, M. Enri, Jamaluddin (Adinegoro), Aman Dt. Madjoindo, Hamka (Haji Abdul Malik Karim Amrullah), Habib St. Maharadja, dan Sariamin Selasih (Selaguri). Mereka ini boleh dianggap sebagai perintis perkembangan penulisan novel di Indonesia. Umumnya, dalam novel-novel ini banyak memaparkan tragedi yang berlaku di kalangan wanita. Tragedi ini termasuklah;
i) cinta yang tidak kesampaian,
ii) wanita sebagai mangsa fitnah,
iii) wanita kehilangan hak menentukan jodoh,
iv) kehilangan hak mendapatkan pendidikan,
v) perkahwinan yang tidak kekal disebabkan campur tangan pihak tertentu misalnya daripada ibu mentua dan;
vi) juga amalan sistem adat matrilineal yang tidak bersesuaian dengan zaman.
Umumnya pengarang Minangkabau lebih mempersoalkan tentang sistem sosial, dan melihat beberapa sistem sosial dan adat Minangkabau yang dirasakan tidak sesuai lagi dengan dunia moden.
Ciri-ciri karya yang diterbitkan oleh angkatan Balai Pustaka ialah bahasanya masih bahasa Melayu yang keminangkabauan, bahasa yang digunakan kurang kreatif, hampir keseluruhan sasterawannya terdiri dari orang Sumatera terutama orang Minangkabau, tema ceritanya termasuklah yang berkaitan dengan kahwin paksa dan hubungannya dengan adat, kebiasaan beristeri banyak, soal keturunan, perkahwinan ‘sesuku’, keinginan untuk mengubah sistem matrilineal dalam masyarakat Minangkabau, peranan ayah dan mamak, adat meminang, dan kebiasaan merantau. Umumnya tema yang terdapat dalam karya yang ditulis oleh pengarang Minangkabau pada tahun 1920 – 1941 masih lagi yang berhubungan dengan permasalahan dalam masyarakat Minangkabau itu sendiri.
Berdasarkan kepada isi, bentuk dan bahasa yang digunakan oleh pengarang Minangkabau dapatlah dikatakan bahawa novel-novel yang dihasilkan oleh pengarang Minangkabau merupakan karya yang mempunyai kepentingan sama ada dalam aspek mutu dan fungsi karya sastera itu sendiri. Dalam aspek mutu, hasil karya yang dihasilkan merupakan;
a) Pemaparan isi hati pengarang itu sendiri terutama apa yang disenangi ataupun yang tidak disenangi dalam pelbagai bidang kehidupan. Salah satu tujuan mereka mengarang ialah untuk berkongsi idea dan fikiran mereka kepada pembaca.
b) karya yang dihasilkan oleh mereka berbentuk komunikatif iaitu karya yang dapat difahami oleh semua pembaca dari pelbagai latar belakang, karya yang dihasilkan juga menunjukkan adanya unsur kesatuan dalam aspek isi, bentuk, bahasa dan ekspresi peribadi pengarang;
c) karya yang dihasilkan juga masih bersifat menghibur, adanya unsur penafsiran dalam kehidupan dan karya yang dihasilkan memunculkan suatu pembaharuan sama ada dalam aspek pemikiran, bentuk dan bahasa.
Dalam aspek fungsi pula;
a) Karya sastera mampu memberikan kesedaran kepada pembaca tentang kebenaran dalam kehidupan;
b) karya sastera mampu memberikan kegembiraan dan kepuasan batin;
c) karya sastera mampu memenuhi keperluan manusia terhadap naluri keindahan;
d) dan karya sastera mampu memberikan penghayatan yang mendalam tentang sesuatu[6].

1.2 Persoalan Kajian
Bersesuaian dengan tajuk tesis, “Novel-novel Minangkabau Sebelum Perang; Suatu Kajian Imej Lelaki”, maka persoalan utama yang akan dikupas dalam kajian ini ialah berkaitan imej lelaki Minangkabau sebagaimana yang dipaparkan dalam novel-novel pengarang Minangkabau sebelum Perang Dunia Kedua. Selesainya kajian ini dapat menegaskan bahawa novel bersifat karya kreatif dan diasaskan kepada imaginasi pengarang, tetapi ia tetap menyerlahkan realiti budaya dalam masyarakat yang mendokonginya.[7] Pengkaji menggunakan novel sebagai teks kajian memandangkan novel memuatkan lebih banyak persoalan yang ingin diungkapkan oleh pengarang dan memungkinkannya memuatkan lebih banyak realiti budaya.
Realiti budaya turut mempengaruhi penciptaan karya terutama dalam lingkungan budaya tempatan . Pengaruh itu mungkin dari segi tema, persoalan, watak, latar, dan gaya bahasa. Hal ini boleh diandaikan berlaku dalam karya-karya sastera terutama dalam genre novel yang dihasilkan oleh pengarang Minangkabau sebelum perang. Wilayah Minangkabau dianggap oleh para pengkaji budaya dan sastera sebagai kawasan yang sangat kuat dengan unsur budaya tempatan[8]. Bertolak daripada pandangan ini, boleh dikatakan novel-novel yang datang daripada wilayah ini memaparkan realiti budaya Minangkabau.
Karya sastera dipandang sebagai refleksi kehidupan, maka sebuah karya sastera mengenai Minangkabau akan memperlihatkan unsur-unsur masyarakat Minangkabau. Salah satu unsur sosial budaya masyarakat Minangkabau ialah berkaitan dengan kedudukan lelaki. Ini bermakna, melalui kajian novel yang ditulis oleh pengarang Minangkabau pada zaman sebelum perang, akan dapat menonjolkan imej lelaki Minangkabau sebagaimana yang diungkapkan oleh pengarang Minangkabau.
Seorang penulis berkemungkinan tidak terlepas dari pengaruh budaya masyarakatnya. Latar budaya dapat dilihat melalui watak-watak yang dikemukakan, sistem kemasyarakatan, kesenian, dan benda-benda kebudayaan yang terungkap dalam karya karya sastera. Dalam hubungan ini, maka tidak hairanlah jikalau karya yang ditulis oleh suku bangsa tertentu akan cuba memaparkan kehidupan masyarakatnya.
Adalah menjadi hasrat dalam kajian ini untuk memperlihatkan tentang hasil-hasil kesusasteraan khususnya dalam bidang novel yang ditulis oleh pengarang berdasarkan daerah asal di mana pengarang tersebut dilahirkan dan dibesarkan di tempat tersebut. Seterusnya kajian ini diharapkan dapat menjelaskan bahawa karya yang dihasilkan berkecenderungan memasukkan unsur-unsur kedaerahan atau unsur setempat sebagai suatu realiti yang dipunyai oleh masyarakat yang diwakili oleh pengarang. Salah satu unsur setempat itu ialah berkaitan dengan kedudukan dan peranan lelaki dalam masyarakat Minangkabau yang mengamalkan sistem adat Matrilineal.
Aspek budaya Minangkabau yang akan diberi penekanan dalam kajian ini ialah berkaitan dengan kedudukan dan peranan lelaki dalam masyarakat Minangkabau yang mengamalkan sistem matrilineal. Lelaki Minangkabau sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam keluarga yang mengamalkan sistem matrilineal. Boleh dikatakan lelakilah yang mengukuhkan lagi institusi adat ini terutama peranannya sebagai ayah dan mamak. Tanpa peranan lelaki institusi ini tidak mampu untuk bertahan lama. Sungguhpun perempuan dikatakan mendapat tempat yang istimewa dalam sistem matrilineal namun demikian, golongan yang melaksanakan sistem ini adalah lelaki. Boleh dikatakan lelakilah yang mengukuhkan lagi institusi adat ini terutama peranan lelaki sebagai mamak dan ayah. Tanpa peranan lelaki, institusi ini tidak mampu untuk bertahan lama. Sungguhpun perempuan dikatakan mendapat tempat tempat yang istimewa dalam sistem matrilineal, namun demikian golongan yang melaksanakan sistem ini adalah lelaki.
Dalam kajian ini, pengkaji akan menjelaskan bahawa lelakilah yang berusaha untuk memartabatkan perempuan. Pada awal abad ke-20 perempuan Minangkabau belum mendapat tempat yang sewajarnya sama ada kehidupannya dalam keluarga atau pun di luar keluarga. Perempuan sering dimanipulasi oleh golongan lelaki demi kepentingan lelaki itu sendiri. Selain itu, pada masa yang sama ada juga golongan perempuan yang menganiaya sesama mereka dengan berbagai alasan yang tertentu. Pada waktu itu perempuan tidak dapat berbuat apa-apa bahkan mereka hanya menyerahkan kepada nasib. Hal ini disebabkan ruang gerak mereka sangat sempit dan terbatas (domestic domain) berbanding laki-laki yang mempunyai ruang gerak tanpa batas (wilayah publik/’public domain’). Walau bagaimanapun, pada waktu inilah muncul golongan lelaki yang berusaha untuk menyetarakan kehidupan perempuan.
Menurut analisis gender, ketidakadilan gender dapat diidentifikasikan melalui berbagai manifestasi misalnya marjinalisasi (proses kemiskinan ekonomi), subordinasi (anggapan perempuan tidak penting), pelabelan negatif (stereotype), kekerasan (violence) dan beban kerja ganda (dauble burden). Berdasarkan pernyataan ini, kaum lelaki telah berusaha untuk mewujudkan “persamaan dan kesetaraan” antara laki-laki dan perempuan. Persoalan ini dapat dilihat dalam novel-novel kajian tentang adanya kesedaran lelaki untuk meningkatakan taraf kehidupan perempuan terutama dalam bidang ekonomi, pendidikan, dan hubungan dengan masyarakat. Gambaran ini dapat dilihat sama ada dari perspektif pengarang lelaki atau perempuan berdasarkan peranan dan tindakan yang dilakukan oleh watak lelaki. Dalam bidang ekonomi misalnya, lelaki Minangkabau merantau untuk mencari kekayaan terutama untuk isteri dan kemenakannya. Dalam aspek perkahwinan, kaum lelaki sama ada yang berstatus ayah, mamak atau abang akan berusaha untuk mendapatkan jodoh yang sesuai dengan harapan bakal suaminya nanti mampu mengambil alih peranan yang telah dilakukan oleh mereka untuk menjaga golongan perempuan. Mereka tahu sekiranya pemilihan jodoh tidak dilakukan dengan sebaik yang mungkin, akan menimbulkan implikasi yang buruk kepada anak atau adik perempuannya. Dalam bidang kepimpinan pula, lelaki akan berusaha untuk memimpin perempuan meningkatkan martabat mereka sesuai dengan kedudukkan perempuan dalam masyarakat itu sendiri agar keberadaan mereka di tengah-tengah masyarakat memberi makna yang tersendiri dalam kehidupan sama ada hubungannya dengan adat Minangkabau, agama Islam dan norma masyarakat. Hal ini secara tidak langsung kaum lelaki telah dapat menempatkan peranan dan tangung jawab perempuan dalam masyarakat menurut kedudukan yang sesuai dalam masyarakat. Peranan ini dapat dilihat berdasarkan penglibatan lelaki sebelum berkahwin atau pun selepas berkahwin sesuai dengan peranan dan tanggung jawab lelaki yang dipengaruhi oleh nilai adat dan agama Islam yang membesarkan kedudukan wanita mengikut gender
Pengarang pada awal abad ke-20 memaparkan dalam tulisan mereka bahawa lelaki merupakan golongan yang mempunyai kuasa yang lebih berbanding perempuan dan keistimewaan yang ada pada mereka digunakan dengan dengan sepenuhnya untuk meningkatkan martabat kehidupanan perempuan terutama berkaitan hak-hak mereka sama ada dari segi pemilihan jodoh, kedudukan ekonomi, pendidikan, dan kepimpinan
Berdasarkan huraian di atas, maka rumusan persoalan dalam kajian ini ialah;
i) Bagaimana ideologi gender dapat dilihat di dalam-novel pengarang Minangkabau terutama melalui peranan dan tindakan yang dilakukan oleh watak lelaki. Wujudnya penggugatan atau pengukuhan ideologi gender ditonjolkan melalui watak-watak yang terdapat dalam novel-novel kajian. Ideologi gender menekankan dominasi lelaki terhadap perempuan yang menjadi warisan sekaligus persoalan yang mendera kaum perempuan semenjak sekian lama. Ideologi gender berkait rapat dengan sistem sosial, budaya, politik dan keagamaan. Ia adalah warisan sosial budaya yang telah berakar berabad-abad lamanya. Malangnya, sebahagian perempuan memandang ideologi gender sebagai suatu kudrat yang tidak mengundang masalah. Bentuk penggugatan atau pengukuhan ideologi gender ini dapat dilihat dalam aspek ekonomi, politik, kekeluargaan, pendidikan dan keagaman.
ii) Bagaimana sikap pengarang terhadap ideologi gender yang dapat dilihat berdasarkan peranan dan tindakan watak-watak lelaki yang terdapat dalam novel-novel kajian. Sikap pengarang ini dapat dilihat berdasarkan latar belakang kehidupannya terutama dalam aspek jantina dan juga pendidikan. Dalam aspek jantina, bagaimana isu yang dimunculkan oleh pengarang lelaki dan juga perempuan. Pengarang perempuan pada masa ini ialah Selasih dan Saadah Alim. Pengarang lelaki pula pada umumnya dari angkatan Balai Pustaka. Nama-nama pengarang yang terkenal pada masa tersebut termasuklah Marah Rusli, Nur Sutan Iskandar, Adi Negoro, Tulis Sutan Sati dan Hamka. Demikian juga latar belakang pendidikan pengarang juga mempengaruhi kepada isu yang terdapat dalam karya mereka. Berdasarkan latar belakang pengarang terutama dalam aspek pendidikan, terdapat dua jenis pendidikan yang diterima oleh pengarang iaitu pendidikan agama dan pendidikan Barat. Berdasarkan kepada pendidikan pengarang, hasil kajian akan dapat menjelaskan terdapatnya kepelbagaian isu yang lahirkan oleh pengarang sesuai dengan latar belakang pendidikan pengarang itu sendiri. Hal ini dapat dilihat berdasarkan karya-karya Hamka yang berlatarbelakang pendidikan agama dan karya pengarang daripada Balai Pustaka yang pada umumnya mendapat pendidikan Barat (Belanda) dan sekolah Melayu.

1.3 Tujuan Kajian

Kajian ini mempunyai beberapa tujuan, iaitu
1. Membuktikan bahawa terdapat kaitan yang kuat penulisan novel dengan budaya tempatan. Hal ini disebabkan pengarang sangat dekat dengan budaya yang melatarbelakangi kehidupan pengarang. Seterusnya, persoalan budaya dalam masyarakatnya akan diadun dalam proses kreativiti penulisan novel.Pengkaji berasa yakin novel-novel yang ditulis oleh pengarang Minangkabau akan lebih menyerlah memperihalkan berkaitan dengan imej lelaki Minangkabau sebagaimana yang terdapat dalam novel sebelum perang
2. Karya yang baik biasanya mengupas realiti budaya yang berada dilingkungan pengarang itu sendiri. Salah satu persoalan budaya dalam sistem matrilineal yang diamalkan ialah berkaitan dengan kedudukan dan peranan lelaki Minangkabau sebelum perang sebagaimana yang digambarkan dalam novel. Kehidupan orang Minangkabau yang berbeza terutama dalam aplikasi adatnya menurut sistem matrilineal sebenarnya telah banyak memberikan pelbagai bentuk konflik dalam masyarakatnya
3. Ideologi gender yang terdapat dalam novel Minangkabau, dapat dilihat melalui peranan dan tindakan yang dilakukan oleh watak-watak lelaki sebagaimana yang terdapat dalam karya. Tindakan ini dapat dilihat melalui dua tindakan iaitu tindakan pengukuhan dan penggugatan. Seterusnya, sikap pengarang terhadap ideologi gender dapat dilihat melalui latar belakang pengarang itu sendiri sama ada dalam aspek jantina dan juga pendidikan.
4. Melalui kajian ini akan dapat menjelaskan mengapa pengarang ini berkecenderungan untuk memasukkan persoalan imej lelaki dalam penulisan mereka. Apakah wujud hubungan sosio budaya yang berada dilingkungannya atau keinginan pengarang itu sendiri yang ingin mengungkapkan keberadaan lelaki dalam lingkungannya sama ada daripada perspektif pengarang lelaki atau perempuan.

1.4 Kepentingan Kajian

Kajian ini tentunya akan menambah lagi kepustakaan yang sedia ada dan bermanfaat kepada pembaca, penyelidik dan para pelajar. Justeru itu, kajian ini tentunya dapat dijadikan sumber rujukan kepada pengkaji lain yang ingin melaksanakan kajian yang lebih lanjut berkaitan imej lelaki sama ada dalam genre drama, cerpen dan juga novel.
Kajian ini dapat memperlihatkan bahawa novel sebagai karya sastera dapat digunakan untuk melihat imej lelaki dalam masyarakat Minangkabau yang mengamalkan sistem Matrilineal terutama dalam tahun 1920 – 1941. Realiti yang dimaksudkan itu terutamanya yang berkaitan dengan imej lelaki Minangkabau sebagai pendukung atau penentang sistem adat matrilineal sebagaimana yang dipaparkan dalam novel pengarang Minangkabau sebelum perang.
Pengarang-pengarang Melayu di Nusantara dapat mencontohi tentang penglibatan penulis Minangkabau sebelum perang. Pengarang Minangkabau bukan sahaja muncul sebagai pengarang yang paling ramai pada era sebelum perang di Indonesia tetapi persoalan yang diungkapkan sesuai dengan keadaan masa atau situasi pada masa tersebut. Persoalan-persoalan yang diungkapkan sebahagiannya tetap relevan sehingga kini.
Kajian ini dapat membetulkan tanggapan masyarakat yang berkaitan dengan kedudukan lelaki Minangkabau seolah-olah dalam sistem adat Matrilineal perempuan mendapat kedudukan istimewa sedangkan lelaki dan perempuan mempunyai peranan dan kedudukan yang sama.

1.5 Pendekatan Kajian
`
Objek kajian berdasarkan novel-novel yang ditulis oleh orang Minangkabau sebelum perang. Novel-novel yang dikaji berdasarkan kepada isi setiap novel yang menyangkut permasalahan masyarakat Minangakabau itu sendiri.
Tujuan dalam kajian ini ialah untuk membuktikan bahawa novel dapat dijadikan bahan sebagai sumber rujukan dokumen budaya dalam sesuatu masa yang tertentu. Aspek yang dapat dilihat berdasarkan kajian di dalam novel pengarang Mingkabau sebelum Perang Dunia Kedua terutama berkaitan dengan peranan dan kedudukan lelaki Minangkabau yang mengamalkan sistem Matrilineal. Aspek-aspek tersebut termasuklah imej lelaki sebagai perantau, imej lelaki dalam perkahwinan, imej lelaki alam kepimpinan dan peranan dan kedudukan lelaki dengan perempuan.
Dalam pendekatan sosiologikal, hubungan antara sastera dengan masyarakat dapat diteliti berdasarkan kepada faktor di dalam teks dan luar teks. Terdapat tiga pendekatan yang boleh digunakan untuk memahami karya berdasarkan pendekatan ini:
a) Membicarakan latar belakang pengarang, pembaca dan masyarakat.
b) Memahami aspek dalaman karya sudut pandangan dan sebagainya yang
terdapat di dalam sesebuah karya..
a) Sastera sebagai cermin masyarakat
Berdasarkan kepada aspek pendekatan sosiologikal sebagaimana yang dibincangkan, maka konsep sastera sebagai cermin masyarakat akan diberikan tumpuan yang lebih mendalam. Hal ini disebabkan sesebuah karya tentunya akan membincangkan masalah masyarakat. Informasi kemasyarakatan yang diungkapkan di dalam novel sangat jelas kerana watak-watak yang terdapat di dalam cerita dianggap seperti peristiwa benar dalam masyarakat. Sehubungan itu, karya sastera yang lahir di tengah-tengah masyarakat tidaklah lahir dari “kekosongan sosial” semata-mata, tetapi secara langsung atau tidak, pengarang akan terpengaruh dengan lingkungannya. Hasilnya, persoalan kebudayaan yang dilihatnya akan turut terpengaruh dalam proses penghasilan sesebuah karya.
Unsur-unsur yang ada dalam karya misalnya unsur budaya, peristiwa, citra, motif, dan tema dari sesebuah karya, seorang pengkaji akan dapat melihat keterkaitan dengan realiti yang ada sesuai dengan yang dikehendaki. Dengan kata lain, pendekatan ini melihat hubungan langsung antara yang ada dalam karya dengan aspek budaya yang ada pada zaman tersebut. Menurut Allan Swinggewood, pendekatan ini dikenal sebagai pendekatan positivistik. Konsep asas pendekatan ini menganggap karya sastera sebagai refleksi dari realiti.[9]

1.5.1 Gender dan Hubungannya dengan Lelaki

Gender adalah perbezaan dan fungsi peranan sosial yang diciptakan oleh masyarakat, serta tanggung jawab lelaki dan perempuan. Gender belum tentu sama di tempat yang berbeza, dan dapat berubah dari waktu ke waktu. Fungsi peranan sosial ini merangkumi aspek bangsa, kelas, etnik, dan jantina. Seks adalah jenis kelamin yang terdiri dari perempuan dan laki-laki yang telah ditentukan oleh Tuhan[10]. Ketentuan ini berlaku sejak dahulu lagi, sekarang dan berlaku selamanya. Oleh kerana itu, ia tidak dapat ditukar atau diubah.
Gender bukanlah kudrat ataupun ketentuan Ilahi. Gender berkaitan dengan proses keyakinan bagaimana seharusnya lelaki dan perempuan itu berperanan dan bertindak sesuai dengan tata nilai yang ditetapkan, ketentuan sosial dan budaya ditempat mereka berada. Lizbeth Goodman menegaskan gender adalah;
“.....refers to ways of seeing and representing people and situations based on sex difference. By contrast, ‘sex’ is a biological category: female or male. The term ‘sexuality’ refers to the realm of sexual experience and desire – sometimes it refers to a person’s sexual orientation (as heterosexual, bisekual or homosexual). “Gender” is a social or cultural category, influenced by stereotypes about ‘female’ and ‘male’ behaviour that exist in our attitudes and beliefs. Such belieefs are often said to be “culturally produced’ or ‘constructed”[11].

Berdasarkan pernyatan ini dapatlah difahamkan bahawa gender adalah perbezaan peranan, fungsi, tanggung jawab antara perempuan dan laki-laki yang dibentuk oleh keadaan sosial budaya dan dapat berubah sesuai dengan perkembangan zaman. Dengan demikian, perbezaan gender dan jenis kelamin (seks) adalah gender; dapat berubah, dapat dipertukarkan, masa, budaya setempat, bukan merupakan ketentuan Tuhan, melainkan ia dicipta oleh manusia. Perbezaan dengan seks adalah tidak dapat berubah, tidak dapat dipertukarkan, berlaku sepanjang masa, berlaku di mana-mana tempat di dunia, dan ia dicipta oleh Tuhan.[12] Perbezaan jantina terbina secara sosial meskipun pada kebiasaanya diperlihatkan sebagai semula jadi atau normal. Seks adalah suatu istilah yang digunakan untuk menunjukkan perbezaan biologikal antara lelaki dan wanita, tetapi jantina menandakan perbezaan yang dibina secara sosial yang beroperasi dalam kebanyakan masyarakat dan menjurus ke arah ketidakadilan, penindasan dan penekanan antara jantina itu. Kedua-dua feminiti (kewanitaan) dan ‘masculinity’ (kelelakian) terbina secara sosial dan dianugerahi dengan pelbagai kualiti, nilai, imej dan naratif yang sentiasa tersebar dalam masyarakat dan yang membentuk dan menentukan sikap manusia dan kehidupan mereka.[13]
Gender bukanlah merupakan konsep barat. Konsep tersebut berasal dari konstruksi lingustik dari berbagai bahasa yang memberi kata sandang tertentu untuk memberikan perbezaan jenis kelamin laki-laki dan perempuan[14]. Konstruksi lingustik ini kemudiannya diambil oleh ahli antropologi menjadi kata yang hanya dapat dijelaskan tetapi tidak ada padanannya dalam bahasa Melayu. Jelasnya gender mengacu kepada peranan dan tanggung jawab untuk perempuan dan laki-laki yang dicipta oleh suatu budaya; jadi bukan jenis kelamin yang mengacu kepada perbezaan ciri biologi.
Gender menjadi isu kerana banyak orang yang tidak memahami antara perbezaan peranan gender dengan perbezaan jenis kelamin. Kesalahan ini timbul kerana hubungan gender yang berbeza antara lelaki dan perempuan. Dalam banyak kes, perlakuan yang tidak adil lebih banyak menimpa perempuan baik di rumah, di tempat kerja maupun masyarakat. Dalam masyarakat, perempuan kurang mendapat tempat pada kedudukan yang penting. Perempuan dianggap memainkan peranan penting di sektor rumah tangga mengakibatkan mereka mempunyai beban ganda dan tanggung jawab yang penting. Akibatnya perempuan perlu bekerja keras untuk memenuhi tuntutan dan tanggung jawab tersebut. Implikasi daripada hal ini terciptanya kesenjangan gender iaitu tata nilai sosial budaya masyarakat umumnya lebih mengutamakan lelaki daripada perempuan (ideologi patriarki)[15].
Wujudnya kesenjangan gender ini maka timbulnya pengertian kesetaraan dan keadilan gender. Kesetaraan gender bererti kesamaan keadaan bagi laki-laki dan perempuan untuk memperolehi kesempatan serta hak-haknya sebagai manusia, agar mampu berperanan dan berpartisipasi dalam kegiataan politik, undang-undang, ekonomi, sosial budaya, pendidikan, dan keselamatan. Kesetaraan gender juga meliputi penghapusan diskriminasi dan ketidak adilan baik terhadap laki-laki maupun perempuan. Keadilan gender adalah suatu proses dan perlakuan adil terhadap perempuan dan laki-laki. Dengan keadilan gender bererti tidak ada diskriminasi dan kekerasan terhadap perempuan maupun laki-laki. Wujudnya kesetaraan dan keadilan gender dapat dilihat dengan hilangnya diskriminasi antara perempuan dan laki-laki, dan mereka mempunyai peluang untuk menikmati dan memperolehi manfaat yang sama dalam kehidupan.
Ideologi gender menekankan penguasaan laki-laki terhadap perempuan, telah menjadi warisan dan perempuan dijadikan objek oleh golongan lelaki sebagai tempat untuk memenuhi kehendak lelaki. Ideologi gender mempunyai hubungan dengan sistem sosial, budaya, dan politik, bahkan ada yang mengaitkannya dengan pandangan keagamaan. Sungguhpun demikian, perempuan memandang ideologi gender sebagi suatu kudrat yang tidak mengundang masalah. Posisi perempuan yang dalam ideologi gender merupakan subordinasi lelaki diterima sebagai suatu kewajaran. Sehubungan itu, penggugatan atau pengukuhan ideologi gender dalam novel yang dikaji akan terlihat melalui peranan dan tindakan watak-watak lelaki yang ada dalam novel.. Sehubungan dengan topik penelitian ini, perwatakan yang terdapat di dalam novel akan dipandang dalam perspektif gender. Hujah ini diperkuatkan sebagaimana yang ditanggapi oleh Lizbeth Goodman;
“So, when we refer to the study of literature and gender, we don’t just mean literary analysis of texts with regard to the sex (female or male) or sexuality of authors, but the wider study of literary texts as they are written, read and interpreted within cultures, by women and men. We are all aware of some degree of cultural stereotyping about gender”[16]
Menurutnya lagi “if we read with concern for identifying assumptions and streotypes about gender, we learn about society as well as about literature”[17]


1.5.2 Pemahaman Gender dan Imej Lelaki Minangkabau

Dalam melihat permasalahan masyarakat Minangkabau daripada perspektif gender, faktor budaya dan masyarakat yang menentukan bentuk perhubungan gender dalam konteks kehidupan seharian. Sungguhpun lelaki dan wanita berbeza dari segi biologi, namun sikap dan perlakuan manusia banyak dicorakkan oleh ciri-ciri budaya dan persekitaran[18]. Misalnya lelaki harus bersifat kuat dan agresif, sedangkan perempuan harus lemah lembut. Sewaktu masih bayi lagi, lelaki dan perempuan sudah dilatih untuk mengenali dan menuju sifat gender masing-masing. Proses sosialisasi yang demikian sangat berpengaruh kepada perkembangan dan visi serta ideologi kaum laki-laki dan perempuan.
Untuk mengkaji perhubungan gender yang wujud dalam masyarakat Minangkabau, maka aspek adat, budaya dan agama dalam masyarakat Minangkabau perlu difahami.Aspek-aspek tersebut dapat dilihat berdasarkan pelukisan imej lelaki sama ada oleh pengarang lelaki atau wanita, sama ada positif atau negatif. Ini menunjukkan watak lelaki dipaparkan oleh pengarang dengan pelbagai ragam. Berdasarkan pernyataan ini, watak lelaki sebagaimana yang terdapat dalam novel-novel pengarang Minangkabau terdiri daripada dua golongan iaitu golongan yang berusaha untuk memberi kesetaraan dan keadilan gender kepada perempuan dan golongan yang memandang rendah kepada perempuan. Golongan ini dapat dilihat berdasarkan watak-watak lelaki sebagaimana yang dipaparkan oleh pengarang Minangkabau.
Apabila membincangkan perhubungan gender dengan kedudukan lelaki
Minangkabau, sistem keagamaan khususnya Islam perlu disentuh kerana agama merupakan isu yang memberikan impak yang mendalam terhadap masyarakat Minangkabau. Tentang kedudukan lelaki menurut al-Quran telah menerangkan bahawa, “Lelaki adalah pemimpin kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka”[19]

1.6 Kajian Lepas

Kajian yang berkaitan dengan novel-novel Indonesia sebelum perang dan dapat dijadikan sumber rujukan yang penting termasuklah daripada John Frederick Penbrook (1979). Beliau telah mengkaji empat buah novel penting yang diterbitkan pada tahun 1920 – 1942 di Indonesia. iaitu Sitti Nurbaya (Marah Rusli), Salah Asohan (Abdul Moeis), Layar Terkembang (Sutan Takdir Alisjabana) dan Belenggue (Armijn Pane). Tesis tersebut bertitik tolak dengan masyarakat dalam cerita rekaan dapat dianggap sebagai keseluruhan sumber data-data sosial. Setelah beliau mengkaji berkaitan tentang adat Minangkabau, masyarakat Minangkabau dan novel Minangkabau, tesis ini menyimpulkan bahawa isi dua novel pertama iaitu Sitti Nurbaya dan Salah Asohan dapat diterima sebagai sumber-sumber data sosial sebab dua novel ini memberi gambaran kebenaran dan kejujuran dari kehidupan keluarga Minangkabau berdasarkan tahun tersebut. Bagaimanapun, dua novel yang seterusnya iaitu Layar Terkembang dan Belenggue tidak dapat diterima sebagai sumber data yang betul dari keterangan sosial yang sebenarnya kerana pengarang novel tersebut telah menterjemahkan latarbelakang dari kebebasan dan proses urbanisasi. Watak-watak yang terdapat dalam novel tersebut juga dikembangkan sama dengan novel-novel barat[20].
Lukman Ali ada membuat kajian unsur adat Minangkabau dalam Sastra Indonesia (1922 – 1956). Sembilan dari empat belas novel yang bicarakan dalam kajian ini membawakan soal kahwin paksa tetapi hanya lima di antaranya yang berlaku dalam lingkungan kekuasaan mamak dan ibu. Perkahwinan antara orang ‘sepesukuan’ telah menimbulkan konflik antara adat dan agama. Persoalan adat yang dibicarakan dalam kajian ini adalah persoalan adat Minangkabau. Karya-karya sastera yang mengandungi unsur-unsur adat Minangkabau terbit berturut-turut antara tahun 1922 – 1940 kecuali novel Anak dan Kemenakan yang terbit dalam tahun 1956. Dalam tahun 1922 – 1940 pengarang Minangkabau menggarap persoalan adat dari sumber adat yang dipegang oleh masyarakat Melayu Minangkabau. Menurut Lukman Ali, peristiwa yang terdapat dalam novel ini membenarkan kepada masyarakat sebagai suatu hasil sastera dari suatu zaman dan situasi[21].
Yasril Yazid (1999) membuat kajian berkaitan sistem nilai yang wujud dalam roman-roman sastera Hamka. Kajian ini mengambil tiga roman Hamka yang dianggap paling representatif bagi pandangan-pandangan dan fikiran-fikiran kritis Hamka tentang praktik adat matrilinial di Minangkabau iaitu, roman Tenggelamnya Kapal Van der Wijck (1938), Merantau ke Deli (1939) dan Dijemput Mamaknya(1949). Kajian yang menggunakan ‘metod historical factua’ dan metod diskriptif analitik ini mendapati bahawa dalam roman Hamka wujud pertentangan antara nilai-nilai adat dan nilai-nilai dakwah Islamiah, khasnya dalam masalah kekerabatan, masalah perkahwinan dan mengenai masalah harta pusaka di Minangkabau. Walaupun dalam proses perkembangannya sekarang adat Minangkabau cenderung ke arah sistem Islam yang berfahamkan sistem kekerabatan patrilinial, tetapi belumlah dalam ertian yang murni, sebab masih berlakunya perkara-perkara yang menyimpang dari ketentuan ajaran Islam, sebagaimana terlihat dalam masalah pembahagian harta pusaka.[22]
Kajian yang berkaitan citra manusia dalam novel-novel Indonesia Moden diarahkan kepada lima hubungan manusia di dalam kehidupan manusia secara pribadi. Kelima hubungan manusia yang memperlihatkan citra manusia adalah citra manusia dalam hubungan manusia dengan Tuhan, citra manusia dalam hubungan manusia dengan alam, citra manusia dengan masyarakat, citra manusia dengan orang lain dan citra manusia dalam hubungan manusia dengan diri sendiri. Pada tahun 1929-an manusia terlihat lebih banyak berpasrah diri kepada Tuhan dalam menghadapi pelbagai masalah hidup sehingga kesengsaraan juga merupakan kehendak dari Yang Maha Kuasa. Pada tahun 50-an citra yang tampak pada manusia adalah citra yang tidak mahu mengakui adanya Tuhan. Citra manusia dalam hubungannya dengan alam memperlihatkan manusia yang menginginkan keindahan alam, manusia yang melindungi dan memelihara alam dan manusia yang tidak mempedulikan alam. Citra manusia dalam hubungan manusia dengan masyarakat diperlihatkan citra manusia pelopor, citra manusia yang bertanggung jawab, citra manusia yang menginginkan perubahan dan citra manusia yang patuh kepada adat. Citra manusia dalam hubungan manusia dengan manusia lain adalah citra manusia yang inginkan cinta, citra manusia yang mementingkan persahabatan, citra manusia yang berlaku curang dan citra manusia yang derhaka kepada orang tua.[23]
Kajian yang berkaitan dengan imej manusia dalam sastera dilakukan oleh A. Wahab Ali. Beliau menggunakan teks-teks novel Melayu antara tahun 1960-1969. Beliau telah menggolongkan watak-watak dalam novel kajiannya kepada beberapa golongan besar iaitu watak pemimpin, watak wanita, watak petani dan nelayan, watak manusia bukan Melayu dan watak manusia kerdil. Dasar penggolongan yang dipilih mempunyai keistimewaannya berbanding dengan dasar penggolongan lainnya. Menurutnya, penggolongan itu mudah, menarik, dan dapat menggambarkan imej manusia yang timbul dari kehidupan sebagaimana yang terdapat dalam novel-novel pilihan itu.
Tulisan yang berkaitan dunia lelaki dan perempuan dalam novel-novel Indonesia dapat dilihat berdasarkan tulisan Umar Junus. Dalam tulisannya beliau mengemukaan kepada tiga bahagian. Dalam bahagain pertama beliau menjelaskan bahawa novel-novel pada tahun 1920-an dengan dunia lelaki yang dominan; berkisar pada seorang tokoh perempuan yang dikelilingi oleh dua kuasa lelaki yang dominan dan ia merupakan tokoh yang tragik, ada semacam harapan yang berupa pelaksanaan dari kebebasan yang pada mulanya tidak dapat dicapai, ada suasana melankolik dan romantik, kerana kita diberi kesan bahawa tidak sedar telah menjadi korban dari suatu keadaan Kalau ada perkembangan, ia lebih terbatas kepada tokoh perempuan belaka. Tokoh lelaki hanya mempunyai kualiti tertentu sahaja.[24]
Sapardi Djoko Damono(1979) juga membuat kajian berkaitan novel-novel sebelum perang di Indonesia. Kajian ini membicarakan tentang perkembangan novel Indonesia sejak tahun 1920-an sampai tahun 1940. Perkembangan yang dibicarakan terutama sekali yang menyangkut hubungan antara unsur-unsur formalnya dan situasi sosial yang telah melahirkannya. Kajian ini menekankan kepada keadaan penerbitan dan keadaan politik pada umumnya, dengan tidak meninggalkan keadaan kepengarangan yang erat hubungan dengan dunia penciptaan[25].
Sarji Kasim (1999) juga membuat kajian yang berkaitan dengan perbandingan novel Melayu dan Indonesia sebelum perang. Objek kajiannya berkaitan dengan persoalan merantau. Hasil kajiannya dapat menjelaskan bahawa unsur merantau yang terdapat di dalam novel adalah cerminan pada zaman tersebut (1920 – 1941). Dalam kajiannya menegaskan bahawa novel dapat dijadikan sumber sebagai dokumen budaya dalam masyarakat Melayu dan Minangkabau.[26]
Usman Pelly (1994) membahaskan kajiannya mengikut perspektif ilmu sosiologi. Beliau membahaskan bagaimana dua kelompok etnik, Minangkabau dari Sumatera barat dan Mandailing/Sipirok-Angkola dari Tapanuli Selatan, beradaptasi ke dalam kehidupan kota di Medan. Beliau meneliti perubahan dan kegigihan beradaptasi kedua kelompok perantau tersebut dalam kaitannya dengan tradisi rantau mereka dan perubahan dalam kebudayaan penduduk asli daerah perantauan mereka(host culture) yang dominan sebelum dan sesudah kemerdekaan dalam tahun 1950. Baik masyarakat Minangkabau mahupun Mandailing memiliki apa yang disebut sebagai ‘misi budaya’ membawa misi: memperkaya dan memperkuat alam Minangkabau. Misi perantauan orang Tapanuli ialah memperluas kampung halaman untuk mendirikan kerajaan-kerajaan peribadi (sahala haraja). Sebab itu, pola perantauan mereka juga disebut sebagai perantauan yang ekspansionis. Menurut pandangan kosmologi mereka, alam rantau(Bona ni Ranto) yang dikuasai dianggap bahagian integral dari alam kampung halaman(bona ni Pasogit).[27]
A. Teeuw juga menulis tentang kesusasteraan sebelum perang di Indonesia. Isi di dalam buku ini banyak membicarakan tentang novel-novel yang ditulis pada zaman tersebut dan latar belakang masyarakat Minangkabau. Lukman Ali (1994) ada membuat kajian yang berkaitan unsur Adat Minangkabau dalam Sastra Indonesia (1922 – 1956). Sembilan dari empat belas novel yang bicarakan dalam kajian ini membawakan soal kahwin paksa tetapi hanya lima di antaranya yang berlaku dalam lingkungan kekuasaan mamak dan ibu. Perkahwinan antara orang ‘sepesukuan’ telah menimbulkan konflik antara adat dan agama. Persoalan adat yang dibicarakan dalam kajian ini adalah persoalan adat Minangkabau. Karya-karya sastera yang mengandungi unsur-unsur adat Minangkabau terbit berturut-turut antara tahun 1922 – 1940 kecuali novel Anak dan Kemenakan yang terbit dalam tahun 1956. Dalam tahun 1922 – 1940 pengarang secara berganti-ganti menggarap persoalan adat dari sumber adat yang dipegang oleh masyarakat Melayu Minangkabau. Sumber-sumber adat yang dimaksudkan itu berkaitan dengan kebiasaan merantau, adat meminang, perkahwinan sesuku, soal keturunan, kebiasaan beristeri banyak, anggapan berkahwin dengan orang luar dan kahwin paksa dan hubungannya dengan adat. Menurut Lukman Ali, peristiwa yang terdapat dalam novel ini membenarkan kepada masyarakat sebagai suatu hasil sastera dari suatu zaman dan situasi[28].
Makalah yang ditulis oleh A. A Navis (1983) yang berjudul “Sosiologi Minangkabau dalam Novel Indonesia Sebelum Perang” membicarakan hubungan novel-novel Minangkabau dengan sistem kekeluargaan orang Minangkabau. Hal yang bincangkan berkaitan dengan peranan mamak dan kemenakan, peranan ibu, hubungan suami isteri, kedudukan suami, kedudukan isteri, aspek perjodohan, hubungan kampung dangan rantau dan harga diri. Peranan mamak berkaitan suatu lembaga yang mengurus kepentingan kaum atau menjaga kaum dengan berbagai tindakan yang positif ataupun negatif. Peranan ibu menjadi penting kerana posisi seorang ayah di rumahnya, hanyalah sebagai semenda, yang dianggap sebagai orang asing yang tak berhak menentukan, sehingga anak-anak yang lahir dari kehidupan mereka berdua, tetap menjadi turunan ibunya. Hubungan suami isteri Minangkabau yang dilukiskan dalam novel adalah hubungan yang rapuh dan tidak bertahan lama. Hasil tulisan A. A Navis juga memperlihatkan suami yang menetap di kampung, dilukiskan sebagai orang semenda yang disegani dan dimanjakan, kerana berbagai alasan sebaliknya kehidupan di rantau akan memberi kesenangan kepada isteri dana kemenakan di kampung. Perempuan adalah pengendali rumah-tangga dan anak-anak yang lahir dari pergaulan suami isteri menjadi anggota kaum atau suku isteri. Kedudukan anak perempuan pula lebih berharga jika dibandingkan dengan lelaki. Masalah perjodohan bukan urusan peribadi tetapi merupakan urusan kerabat dari kedua belah pihak yang menikah. Hubungan kampung dan rantau sangat penting bagi orang Minangkabau. Kehidupan di kampung dikatakan hidup tanpa cabaran dan tidak memberikan hasil yang lumayan berbanding golongan yang merantau. Hubungan harga diri dan rasa malu sangat penting bagi orang Minangkabau dan dengan sebab itulah kewajipan setiap orang meningkatkan nilai kerabatnya yang setali darah, meningkatan nilai suku atau kaum menurut sistem matrilineal[29].
Nafron Hasjim (1987) telah membuat kajian mengenai novel-novel dari Indonesia yang memperlihatkan adat Minangkabau dalam kajiannya. Karya yang dikaji ialah novel Bako (1980) karya Darman Moenir. Novel ini berkaitan dengan persoalan masyarakat Minangkabau dan hubungannya dengan adat..[30]
Mursal Esten (1987) juga ada membuat kajian berkaitan tentang permasalahan masyarakat Minangkabau di dalam karya. Beliau menggunakan 6 buah novel dan satu buah cerpen yang ditulis oleh penulis Minangkabau. Novel-novel yang dikaji ialah Salah Asohan (1920), Siti Nurbaya (1979), Tenggelamnya Kapal van der Wijck (1977), Kemarau (1977), Warisan (1979) dan Bako (1983) manakala cerpen ialah Jodoh karya A.A Navis. Beberapa permasalahan khas Minangkabau menyangkut masalah perkahwinan, masalah harta pusaka, masalah kedudukan dan fungsi keluarga ibu (dalam hal ini kedudukan dan fungsi Mamak). Dari pengamatannya, beliau merumuskan bahawa permasalahan Minangkabau di dalam karya-karya sastera Melayu Indonesia itu kelihatannya mahu diangkat menjadi permasalahan-permasalahan Indonesia sebagai suatu masyarakat baru yang sedang tumbuh dan berkembang.[31]
Kajian ini adalah kajian yang berbeza dengan kajian yang telah dilakukan sebelumnya. Kajian ini merupakan kajian yang khusus membahaskan kedudukan dan peranan lelaki Minangkabau yang mengamalkan sistem Matrilineal sebagaimana yang dipaparkan dalam novel-novel Minangkabau sebelum perang. Berdasarkan tinjauan kepustakaan, penulis yakin kajian ini belum pernah dilakukan oleh pengkaji lain.


1.7 Skop Kajian

Skop kajian yang menjadi fokus dalam kajian ini ialah sebelum Perang
Dunia Kedua iaitu pada tahun 1920 – 1941. Batasan kajian ini digunakan memandangkan pada zaman ini merupakan waktu awal kemunculan novel yang dihasilkan oleh pengarang Minangkabau dalam kesusasteran Indonesia. Pengertian yang berkaitan dengan imej adalah merujuk kepada citra, gambaran, cerminan, dan bayangan yang ditimbulkan oleh kata, frasa, atau kalimat. Pengertian ini merujuk sebagai keperibadian atau watak seseorang atau sesuatu, sebagaimana yang terpancar pada pandangan atau tanggapan orang atau pihak lain. Pengertian imej antaranya gambaran yang dimiliki orang tentang peribadi, perusahaan atau organisasi; kesan mental atau bayangan visual yang ditimbulkan oleh sesuatu kata, frasa atau kalimat dan merupakan unsur dasar yang khas dalam karya yang berbentuk prosa[32]. Imej lelaki bermakna citra atau gambaran watak dan perwatakan lelaki yang dibentangkan, dikemukakan dan dilukiskan oleh pengarang dalam novel mereka. Imej atau citra lelaki di sini bermaksud melihat gambaran watak lelaki Minangkabau dari segi fizikal, peranan dan penglibatannya sebagai tokoh yang mengerakkan cerita dalam novel. Penglibatan ini dapat dilihat dalam proses interaksinya sama ada dengan orang Minangkabau atau bukan Minangkabau. Penglibatan ini juga dapat dilihat berdasarkan hubungannya dengan sesama watak lelaki atau watak perempuan. Proses interaksi ini dapat dilihat berdasarkan tempat, masa dan kejadian atau peristiwa yang berlaku.
Istilah novel Minangkabau dalam kajian ini diertikan sebagai novel yang dihasilkan oleh pengarang Minangkabau yang berbicara tentang masyarakat Minangkabau dan Indonesia. Dalam kajian ini pengkaji hanya membincangkan watak-watak utama sama ada lelaki atau perempuan dan bagaimana watak-watak yang terdapat dalam isi sesuatu cerita itu memberi pengaruh atau kesan kepada watak lelaki sama ada positif atau negatif. Watak lelaki yang akan dianalisis hanya berkaitan watak lelaki Minangkabau.
Untuk memahami watak dan perwatakan, pengkaji akan dapat menelusurinya melalui:
a) Tuturan pengarang terhadap karakateristik watak yang disebut;
b) gambaran yang diberikan pengarang melalui lingkungan kehidupannya atau cara berpakaian;
c) menunjukkan bagaimana perilakunya;
d) melihat bagaimana watak itu bercakap tentang dirinya sendiri;
e) memahami jalan fikirannya;
f) melihat bagaimana watak lain berbicara tentangnya;
g) melihat bagaimana watak-watak yang lain memberikan reaksi terhadapnya dan;
h) melihat bagaimana watak itu berintraksi dengan watak yang lainnya[33].
Menurut A. Wahab Ali terdapat pelbagai dasar boleh digunakan untuk menggolongkan watak. Misalnya, berdasarkan agama, kaum, umur, kelas, pelajaran, pekerjaan, jantina, sifat-sifat watak dan ciri yang menarik sebagai kumpulan[34]. Berdasarkan penelitian pengkaji, watak-watak yang terdapat di dalam novel pengarang Minangkabau sesuai ditinjau berdasarkan penggolongan jantina. Biasanya dalam novel terdapat dua watak yang sering diperbincangkan iaitu watak lelaki dan perempuan. Dalam novel pengarang Minangkabau watak lelaki dapat dibahagian kepada dua iaitu watak lelaki Minangkabau dan watak lelaki bukan Minangkabau. Maka, dalam kajian ini watak lelaki Minangkabau akan diberi fokus utama. Penggolongan watak lelaki Minagkabau boleh digolongan kepada kategori umur kepada watak kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. Penggolongan dalam aspek pekerjaan termasuklah pekerjaan sebagai peniaga, kakitangan kerajaan, petani dan swasta. Watak lelaki Minangkabau boleh kategorikan kepada aspek pendidikan iaitu pendidikan agama, pendidikan Melayu atau Belanda dan tidak berpendidikan. Dalam penggolongan watak lelaki, kategori kelas boleh dibahagian kepada dua iaitu kelas biasa dan kelas bangsawan.
Walaupun terdapat pelbagai kategori watak lelaki Minangkabau boleh digolongan namun demikian, fokus dalam kajian ini berkaitan dengan imej lelaki Minangkabau kepada empat golongan besar iaitu:
i) imej lelaki sebagai perantau;
ii) imej lelaki dalam perkahwinan;
iii) imej lelaki dalam kepimpinan dan;
iv) peranan dan kedudukan dengan perempuan
Dasar penggolongan yang dipilih oleh pengkaji mempunyai keistimewaannya berbanding dengan dasar penggolongan lainnya. Pertama penggolongan ini mudah, menarik dan dapat menggambarkan imej lelaki Minangkabau dalam pelbagai aspek sebagaimana yang terdapat dalam novel. Imej lelaki Minangkabau sangat menarik untuk dikaji memandangkan lelaki Minangkabau mempunyai peranan dan kedudukan yang tersendiri dalam masyarakat yang mengamalkan sistem adat Matrilineal.
Tahun 1920 diambil sebagai tahun permulaan kajian novel disebabkan tahun ini dianggap sangat penting sebagai zaman awal pertumbuhan kesusasteraan Indonesia dan zaman awal terlibatnya pengarang Minangkabau dalam penulisan novel.
Pengarang Minangkabau ialah pengarang yang dilahirkan dan dibesarkan dalam budaya Minangkabau. Novel yang akan dikaji ialah novel-novel yang membicarakan masalah budaya Minangkabau dalam masyarakatnya sendiri. Novel-novel yang dijadikan sumber rujukan hanya terbatas yang menggunakan tema, persoalan, watak, dan latar yang berkaitan dengan budaya Minangkabau dan hubungannya dengan masyarakat Indonesia..
Populasi penelitian ini adalah novel-novel yang ditulis oleh penulis Minangkabau. Untuk memudahkan analisis, maka novel-novel ini akan dkaji mengikut urutan tahun diterbitkan iatu novel yang terawal sebelum Perang Dunia Kedua hingga meletusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1941. Kriteria pemilihan novel Minangkabau, bukan sahaja sesuatu cerita itu berlaku di Minangkabau tetapi boleh saja di luar Minangkabau, asalkan pelaku atau wataknya adalah yang berkaitan dengan orang Minangkabau sama ada yang berhubungan dengan sesama orang Minangkabau atau pun dengan orang bukan Minangkabau. Untuk menentukan pelakunya adalah berkaitan permasalahan Minangkabau dapat dilihat pada bahasa dalam dialog watak, latar tempat, latar budaya, agama dan sistem sosial yang dipegang dan juga nama watak itu sendiri. Novel-novel yang dipilih ini sering mendapat sorotan dan rujukan daripada sarjana sama ada dari dalam maupun luar negeri semenjak ia diterbitkan sehingga sekarang dan pernah
diadaptasikan kepada filem.[35]
Terdapat 21 buah novel yang akan di kaji dan novel-novel sebelum perang yang ditulis oleh penulis Sumatera Barat. Novel-novel ini dapat dibahagikan dua bahagian iaitu zaman 1920 – 1929 dan 1930 – 1941. Kategori novel zaman 1920 – 1929 ialah Sitti Nurbaya (1922)[36], Apa Dayaku Karena Aku Perempuan (1922)[37], Melati Van Agam (1923) [38], Pertemuan (1927)[39], Salah Asohan (1928)[40], Salah Pilih (1928)[41], dan Sengsara Membawa Nikmat (1929)[42]. Novel yang dihasilkan pada tahun 1930 – 1941 ialah Dijemput Mamaknya (1930)[43], Karena Mentua,(1932)[44], Tidak Membalas Guna (1932)[45], Memutuskan Pertalian (1932)[46], Nasib (1932)[47], Kalau Tak Untung (1933)[48], Pengaruh Keadaan (1937),[49] Tenggelamnya Kapal Van der Wijck (1938)[50], Di Bawah Lindungan Kaabah (1938)[51], Pembalasannya (1938)[52], Tjintjin Setempel (1939)[53], Merantau ke Deli (1939)[54], dan Kerana Anak Kandung (1940).[55]
Kriteria pemilihan novel tersebut berdasarkan peranannya yang dianggap penting dalam sejarah perkembangan novel sebelum Perang Dunia Kedua khususnya dalam kelompok pengarang Minangkabau. Peranan ini didasarkan kepada kedudukan novel ini berbanding dengan novel yang lain dan juga persoalan yang diketengahkan oleh pengarang. Kesemua isi-isi utama yang diungkapkan dalam novel ini membicarakan tentang imej lelaki Minangkabau dalam pelbagai aspek sesuai dengan persoalan yang ingin dikaji terutama yang berkaitan dengan merantau, perkahwinan, kepimpinan dan peranan dan kedudukan lelaki dengan perempuan khususnya dalam adat matrilineal. Persoalan yang dibicarakan juga bersesuaian dengan pendekatan teori iaitu yang berkaitan dengan sosiologi sastera dan kajian gender.

1.8 Metodologi dan Kaedah Kajian

Metodologi merupakan cara kerja yang digunakan untuk memahami suatu objek yang menjadi sasaran ilmu yang digunakan. Metodologi yang dimaksud mengandungi dua pengertian iaitu objek yang terdapat dalam novel sesuai dengan persoalan kajian dan memahami realiti sosial yang berhubung dengan novel yang dikaji. Proses penelitian dapat dilakukan dengan analisis tematik, iaitu penelitian mengenai isi pokok cerita dan kemudian dihubungkan dengan perspektif masyarakat dan kebudayaan yang melatarbelakangi lahirnya karya. Ini bermakna pendekatan yang dilakukan merangkumi cara intrinsik dan ekstrinsik. Walaubagaimanapun, aspek watak dan perwatakan akan diberi tumpuan sesuai dengan matlamat kajian. Watak dan perwatakan yang terdapat dalam novel ini akan dianalisis sesuai dengan pendekatan gender terutama yang berkaitan dengan peranan dan kedudukan setiap watak yang dibincangkan sesuai dengan isi perbincangan.
Kaedah penyelidikan ini menggunakan metode deskriptif iaitu proses penghuraian yang mendalam. Pengkaji akan berusaha meneliti novel-novel yang terlibat dan analisis isi (content analysis) akan dilakukan. Penelitian analisis isi bermaksud suatu usaha untuk menganalisis dokumen untuk diketahui isi dan makna yang terkandung dalam dokumen tersebut. Pelaksanaan metode deskriptif melibatkan secara penyelidikan perpustakaan. Sebagai pedoman dalam penulisan kajian ini, pengkaji akan memfokuskan kepada rujukan yang berkaitan dengan pendekatan kajian dan maklumat yang berkaitan dengan data-data kebudayaan dalam masyarakat Minangkabau.
Pengkaji juga akan meneliti esei-esei atau buku-buku yang membicarakan budaya Minangkabau. Tujuan analisis ini dilakukan untuk mendapatkan konsep-konsep dasar yang bersifat teoritis, juga data-data sekunder yang terdapat dalam pelbagai bahan misalnya dalam buku-buku ilmiah, majalah, surat khabar, latihan ilmiah, tesis, disertasi, laporan penelitian dan internet. Tujuannya untuk memperolehi sudut pandang yang lebih luas mengenai topik kajian.
Penelitian ini dilakukan di beberapa buah perpustakaan yang terkenal seperti Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat Dokumentasi Kebudayaan Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negeri Kelantan, Pusat Pendokumentasian Adat Minangkabau Padang Panjang, Sumatera Barat. Kesemua bahan-bahan kajian ini akan dimuatkan di dalam bibliografi.

1.9 Organisasi Kajian

Keseluruhan tesis ini dibahagikan seperti berikut:
Pengenalan –.
Latar belakang dan sejarah novel Minangkabau.
Lelaki dan wanita dalam budaya Minangkabau.
Imej lelaki dalam ‘rantau’.
Imej lelaki dalam perkahwinan.
Imej lelaki dan individu
Kesimpulan.

Penulisan di dalam kajian ini mengandungi enam bab. Bab pertama ialah berkaitan persoalan kajian, tujuan kajian, kepentingan kajian, pengertian konsep budaya, pendekatan kajian, tinjauan penulisan, batasan kajian, metodologi kajian dan kaedah kajian dan organisasi kajian
Bab kedua akan membincangkan tentang latarbelakang dan sejarah novel Minangkabau. Seterusnya pengkaji akan mengupas secara mendalam tentang faktor-faktor perkembangan novel oleh penulis Minangkabau sehingga akhir abad ke-20. Dalam bab ini juga akan difokuskan kepada sepintas lalu tentang perkembangan novel pengarang Minangkabau sepanjang abad ke-20.
Bab ketiga akan membincangkan tentang kedudukan lelaki dan wanita dlam budaya Minangkabau. Pengkaji juga akan membahaskan sepintas lalu berkaitan dengan kedudukan dan peranan perempuan Minangkabau dalam adat Matrilineal dan peranan dan kedudukan lelaki dalam adat Matrilineal.
Bab kempat akan membincangkan tentang imej lelaki dalam ‘rantau’. Fokus kajian dalam bahagian ini ialah berkaitan dengan lelaki Minangkabau dan hubungan dengan adat merantau, lelaki Minangkabau dan harga diri, lelaki Minangkabau dan protes adat. Lelaki Minangkabau dan hubungannya dengan modenisasi dan lelaki Minangkabau dan hubungannya dengan semangat persaudaraan.
Bab kelima akan membincangkan tentang imej lelaki dalam perkahwinan. Fokus kajian dalam bahagian ini ialah berkaitan dengan perkahwinan lelaki Minangkabau dengan masyarakatnya sendiri, hubungan perkahwinan dengan etnik lain dan perkahwinan dengan wanita asing.
Bab keenam akan membincangkan imej lelaki dalam aspek individu. Aspek-aspek yang akan diberi tumpuan ialah berkaitan dengan hubungan dengan Tuhan, hubungan diri sendiri dan hubungan dengan masyarakat.
Bab ketujuh ialah bab terakhir dan di dalam bab ini akan dimuatkan tentang rumusan dan kesimpulan di dalam kajian ini. Kesimpulan diambil setelah proses penelitian; deskripsi, analisis dan interpretasi dijalankan.
[1] Muhammad Yamin dilahirkan di Sawahlunto, Sumatera Barat pada 23 Ogos 1903 dan meninggal di Jakarta pada 17 Oktober 1962. Mendapat pendidikan HIS (1918), Sekolah Pertanian Bogor (1923), AMS Yogyakarta (1927) dan tamat Sekolah Hakim Tinggi Jakarta (1932). Pernah menjadi Menteri Kehakiman Republik Indonesia (1951), Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia (1953 – 1955) dan Ketua Dewan Perancang Nasional (1962). Lihat Pamusuk Eneste, Ikhtisar Kesusastran Indonesia Modern: Untuk SMA dan SMTA yang Sedarjat, Djambatan, Jakarta, 1988, hlm. 14. Lihat. juga Ajip Rosidi, Ikhtisar Sejarah Sastra Indonesia, Binacipta, Bandung, 1986, hlm. 19.
[2] Maman S. Mahayana. 1997. Dia Penyair, Pencetus Bahasa Persatuan dan Menteri P & K, Dia Pahlawan Nasional, Horison; Majalah Sastra, Sisipan Kaki langit; Ogos, hlm, 3.
[3] M. E. Suhendra dan Pien Supinah, Sejarah dan Apresiasi Sastra Indonesia; Pendekatan Teori, Pionir Jaya, Bandung, 1993, hlm. 198.
[4] Roestam Effendi dilahirkan pada 13 Mei 1903 di Padang, Sumatera Barat dan meninggal dunia pada 24 Mei 1979 di Jakarta. Pernah mendapat pendidikan HIS dan HKS Bandung (1924). Pernah menjadi guru di Perguruan Islam Adabiah II di Padang. Pada tahun 1928 – 1947 tinggal di Belanda dan 14 tahun di antaranya (1933 – 1946) menjadi anggota Tweede Kamer (Majlis Rendah). Lihat Lihat Pamusuk Eneste, Ikhtisar Kesusastran Indonesia Modern: Untuk SMA dan SMTA yang Sedarjat, Djambatan, Jakarta, 1988, hlm. 14.
[5] Asrul Sani dilahirkan pada dilahirkan pada 10 Jun 1926 di Rao, Sumatra Barat. Pendidikannya tamat Fakulti Kedoktoran Haiwan Universitas Indonesia (1955). Pernah menjadi Direktur Akademi Teater Nasional Indonesia, Ketua Lembaga Seniman Budayawan Muslimin Indonesia, anggota Sensor Film Indonesia, anggota DPR/MPR, Anggota Dewan Film Indonesia dan Anggota Akademi Jakarta, hlm. 78. Lihat Pamusuk Eneste, Ikhtisar Kesusastran Indonesia Modern: Untuk SMA dan SMTA yang Sedarjat, Djambatan, Jakarta, 1988. Lihat juga A. A. Navis, “Yang Berjalan Sepanjang Jalan” dlm. Benang Merah Minangkabau dalam Karya Sastra Asrul Sani, Gramedia, 1999, hlm. 199-204.

[6] Rene Wellek dan Austin Warren. Theory of Literature, A Harvest Book, New York, 1956, hlm. 29 – 37.
[7] Abrams, A Glossary of Literary Terms. Cet. IV, Holt Rinehart and Winston, New York, 1981, hlm. 178.
[8] Lihat juga Mursal Esten, Menjelang Teori dan Kritik Susastera Indonesia yang Relevan, Angkasa, Bandung, 1988, hlm. 9.
[9] Luxemburg, J.V, Pengantar Ilmu Sastra, Terj. Dick Hartoko, Jakarta, Gramedia, 1989 hlm. 78.
[10] Cudd, Ann E dan Andreasen, Robin O, (pnys), Feminist Theory; A Philosophical Anthology, Blackwell Publishing, Victoria; Australia, 2005, hlm. 115.
[11] Lizbeth Goodman, (pnys), Literature and Gender: Approaching Literature, Routledge, London, hlm. vii.
[12] Momsen, Janet Henshall, (pnys), Gender and Development, Routledge, London, 2004, hlm. 2.
[13] Webster, Roger, Mengkaji Teori Sastera; Suatu Pengantar (Terj. Shamsuddin Jaafar), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala lumpur, 2004, hlm.123.
[14] Lidia Tanaka, Gender, Language and Culture; A study of Japanese television interview disccourse, Amsterdam, 2004, hlm. 13.
[15] Louse Lamphere, ‘The Domestic Sphere af women and the Public World of men: The Strengths and Limitations of an Anthropological Dichotomy’ dalam Caroline B, Brettell and Carolyn F. Sargent, (pnys), Gender in Cross-Cultural Perspective, Prentice-Hall, New Jersey, 1997, hlm.82.
[16] Lizbeth Goodman, (pnys), Literature and Gender: Approaching Literature, Routledge, London, 1996, hlm. vii.
[17] Lizbeth Goodman, (pnys), Literature and Gender: Approaching Literature, 1996, hlm. vii.
[18] Stolcke, Verena, ‘Is sex to gender as race is to ethnicity?’ dlm., Del Valle, Teresa, (pnys), Gendered Anthropology, Routledge, London, 1993, hlm. 21.
[19] H. Mahmud Yunus, Tafsir Al-Quran Karim; Surah al-Nisa: ayat 34, Percetakan Pakar, Singapura, 1979, hlm. 113
[20] John Frederick Penbrook, The Sociology of The Pre-War Indonesian Novel With Special Emphasis on Sumatran Novelists., Faculty of Arts of the James Cook University 0f North Queensland, Australia, , 1979, hlm ii.
[21] Lukman Ali, Unsur Adat Minangkabau dalam Sastra Indonesia(1922 – 1956), Balai Pustaka, Jakarta, 1994.
[22] Yasril Yazid, Dakwah dan Faham Adat Matrilinial di Minangkabau Menurut Perpektif Hamka; Suatu Analisis terhadap Roman-roman karya Hamka, Tesis Sarjana Pengajian Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1999.
[23] S. Amran Tasai, Erlis Nur Mujiningsih dan Juhriah (pny), Citra Manusia Novel Indonesia Modern(1920 – 1960), Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, Jakarta, 1997.
[24] Umar Junus. 1984. “Dunia Lelaki dan Perempuan: Permasalahan dalam Novel-novel Indonesia” dlm. Umar Junus (pnyt.), Sastera Melayu Moden: Fakta dan Interptretasi, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 165 - 227.
[25] Sapardi Djoko Damono, Novel Sastra Indonesia Sebelum Perang, Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa; Departement Pendidikan dan Kebudayaan, Jakarta, 1979.
[26] Sarji bin Kasim, Novel-novel Melayu dan Indonesia Sebelum Perang: Tinjauan Persoalan Merantau, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 1999.
[27] Usman Pelly, Urbanisasi dan Adaptasi; Peranan Misi Budaya Minangkabau dan Mandailing, Jakarta, PT Pustaka LP3ES, 1994.
[28] Lukman Ali, Unsur Adat Minangkabau dalam Sastra Indonesia (1922 – 1956), Balai Pustaka, Jakarta, 1994.
[29] A. A. Navis, 1999,”Yang Berjalan Sepanjang Jalan” dalam Sosiologi Minangkabau dalam Novel Indonesia Sebelum Perang , Gramedia, 1999, hlm. 156 - 174
[30] Nafron Hasjim, “Warna Daerah dalam Novel Indonesia Moden” dlm Sastera Melayu dan Tradisi Kosmopolitan; Kertas Kerja Hari Sastera 1985, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1987.
[31] Mursal Estean, “Minangkabau dalam Sastera Melayu Indonesia” dlm Sastera Melayu dan Tradisi Kosmopolitan: Kertas Kerja Hari Sastera 1985, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1987.
[32] Ahmad Kamal Abdullah dan Siti Aisyah Murad, (pny), Citra Wanita dalam Sastera Melayu 1930 – 1990, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm. Ix.
[33] Aminuddin, Pengantar Apresiasi Karya Sastra, Sinar Baru, Bandung, 1991, hlm. 80 – 81.
[34] A. Wahab Ali, Imej Manusia dalam Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989, hlm.22
[35] Contohnya novel Siti Nurbaya telah diulangcetak sebanyak 20 kali, Salah Asohan 19 kali dan Salah Pilih sebanyak 11 kali dan Kalau Tak Untung sebanyak 25 kali. Novel Siti Nurbaya telah difilemkan pada tahun 1991 dan Salah Asohan pernah dijadikan layar perak pada tahun 1972. Lebih lanjut lihat Maman S. Mahayana, Ringkasan dan Ulasan Novel Indonesia Modern, Rasindo, Jakarta, 1992.
[36] Marah Rusli, , Siti Nurbaya, Balai Pustaka, Jakarta. 1994. Cetakan pertama pada tahun 1922.
[37] Nur Sutan Iskandar, Apa Dayaku Karena Aku Perempuan, Jakarta, Cetakan pertama 1922.
[38] Swan Pen, Melati Van Agam, Bintang Hindia, Welterreden, 1923,
[39] Abas Sutan Pamuntjak, Pertemuan, Balai Pustaka, 1922. Cetakan ketiga 1956.
[40] Abdoel Moeis, Salah Asohan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991. Cetakan pertama pada tahun 1920
[41] N. Sutan Iskandar, Salah Pilih, Balai Pustaka, Jakarta, 1995. Cetakan pertama pada tahun 1928. Dalam kajian ini cetakan yang digunakan ialah yang kelapan belas..
[42] Tulis Sutan Sati Sengsara Membawa Nikmat, Balai Pustaka, 1991 (cetakan pertama 1929)
[43] Hamka, Dijemput Mamaknya, Megabook Store, Jakarta. 1930. Cetakan ketiga.
[44] Nur Sutan Iskandar, Karena Mentua, Balai Pustaka, Jakarta, 1932
[45]Tulis Sutan Sati, Tidak Membalas Guna, Balai Pustaka, Jakarta, 1932.
[46] Tulis Sutan Sati, Memutuskan Pertalian, Balai Pustaka, Jakarta, 1932,
[47] Habib Soetan Maharadja, Nasib, Balai Pustaka, Jakarta, 1932.
[48] Selasih, Kalau Tak Untung, Balai Pustaka, Jakarta, 1933.
[49] Selasih, Pengaruh Keadaan, Balai Pustaka, Jakarta, 1937.
[50].Hamka, Tenggelamnya Kapal Van der Vick,
[51] Hamka, Di Bawah Lindungan Ka’bah, Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1976
[52] Saadah Halim, Pembalasannya, Balai Pustaka, Batavia, 1940.
[53] Ardi Soma, Tjintjin Setempel, Balai Pustaka, Jakarta, 1963. Cetakan pertama tahun 1939.
[54] Hamka, Merantau ke Deli, Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1970.
[55] M. Enri, Karena Anak Kandung, Balai Pustaka, 1940